Panduan Mengerjakan Umrah

Panduan Mengerjakan Umrah

Umrah Guide

Umrah Guide

Panduan Mengerjakan Umrah

Panduan

Rukun Umrah Umrah terdiri dari lima rukun iaitu berihram, melakukan Tawaf, melakukan Saie, bercukur atau bergunting rambut dan tertib.

Ihram Ihram adalah keadaan seseorang yang berniat untuk mengerjakan ibadah Haji atau Umrah. Ihram dilaksanakan dengan melafazkan niat di Miqat setelah berpakaian Ihram dan kemudian mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara larangan Ihram.

Niat Ihram Umrah نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى “Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala” Wajib Ihram Melafazkan niat Ihram di Miqat setelah berpakaian Ihram Mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara larangan Ihram Jemaah yang tidak berihram di Miqat dikenakan Dam Tertib dan Taqdir iaitu dengan cara menyembelih seekor kambing atau 1/7 bahagian lembu atau unta; atau jika tidak mampu, berpuasa selama 3 hari semasa berihram dan 7 hari setelah pulang; atau jika tidak mampu, memberi sedekah sebanyak 10 cupak makanan.

Pakaian Ihram Untuk lelaki, 2 helai kain yang tidak berjahit yang disunatkan berwarna putih – sehelai untuk menutup aurat di antara pusat dan lutut, sehelai sebagai selendang untuk bahagian atas badan dan selipar atau sandal yang menampakkan kelima-lima jari kaki.

Untuk perempuan, tiada pakaian khusus – mesti menutup aurat tetapi tidak menutup muka dan kedua-dua pergelangan tangan. Amalan-amalan sunat Ihram 1. Amalan sunat sebelum melafazkan niat Ihram: Membersih dan menyucikan diri dengan memotong kuku Merapikan misai dan janggut Menanggalkan bulu ketiak dan ari-ari Memakai wangian Memakai minyak rambut Mandi sunat Ihram Mengambil Wuduk Mengerjakan solat sunat Ihram 2. Berada di dalam keadaan Wuduk dan menghadap Kiblat semasa melafazkan niat Ihram. 3. Amalan sunat setelah berihram: Bertalbiah Berdoa Berzikir Membaca ayat-ayat Al-Quran Mengelak dari berbual kosong

Tawaf Tawaf adalah amalan mengelilingi Ka’bah sebanyak tujuh kali bermula dari sudut Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama.

Syarat-syarat Tawaf Menutup aurat dan berwuduk terlebih dahulu sebelum memasuki Masjidil Haram Suci dari hadas besar dan kecil Badan, pakaian dan tempat Tawaf bersih dari najis Baitullah berada di sebelah kiri semasa mengerjakan Tawaf Melakukan tujuh pusingan dengan yakin bermula dari Sudut Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama Dilakukan di dalam Masjidil Haram dan di luar Hijir Ismail dan dinding Ka’bah Dilakukan dengan niat untuk beribadah dan bukan sebarang tujuan lain Amalan-amalan sunat Tawaf Beridtiba’ bagi jemaah lelaki iaitu menampakkan bahu kanan dengan meletakkan bahagian tengah kain selendang di bawah ketiak kanan Mendekati Ka’bah semasa melakukan Tawaf jika tidak terlalu sesak dan keadaan mengizinkan Mulakan Tawaf dengan Istilam iaitu mencium atau mengusap Hajarul Aswad atau jika terlalu jauh, memberi isyarat dengan tangan Apabila tiba di Rukun Yamani, lakukan Istilam dengan mengusapnya atau jika terlalu jauh, beri isyarat dengan tangan Berlari-lari kecil atau "Raml" pada 3 pusingan pertama Berdoa pada tiap-tiap pusingan Tidak bercakap atau makan semasa melakukan ibadat Tawaf Melakukan 7 pusingan secara berturut-turut Setelah selesai 7 pusingan, dirikan Solat Sunat Tawaf 2 rakaat di Maqam Ibrahim Kemudian minum air Zamzam sambil berehat dan berdoa Berdoa di Multazam Jika ingin terus mengerjakan Saie, lakukan Istilam buat kali terakhir

Saie Saie merupakan salah satu rukun Umrah yang dilakukan dengan berlari anak atau berjalan cepat sebanyak tujuh kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa' dan berakhir di Bukit Marwah.

Syarat-syarat Saie Dilakukan selepas selesai Tawaf Menutup aurat dan suci dari hadas Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah Perjalanan dari Bukit Safa ke Bukut Marwah dikira sebagai satu pusingan dan perjalanan dari Bukit Marwah kembali ke Bukit Safa dikira sebagai pusingan seterusnya Dilakukan sehingga lengkap 7 pusingan dengan yakin Setiap perjalanan perlu sampai ke penghujung tempat Saie iaitu di kaki Bukit Safa dan kaki bukit Marwah Dilakukan di dalam batasan yang ditetapkan Dilakukan dengan niat untuk beribadah dan bukan sebarang tujuan lain Amalan-amalan sunat Saie Dilakukan dalam keadaan berwuduk Masuk ke tempat Saie melalui laluan ke Bukit Safa Mendaki Bukit Safa dan Bukit Marwah sehingga ke batu-batu bukit bagi jemaah lelaki Menghadap Ka’bah apabila sampai di Bukit Safa dan Bukit Marwah sambil melambai kedua-dua tangan dan bertakbir Berdoa dan berzikir sepanjang melakukan Saie Beridtiba’ pada setiap pusingan bagi jemaah lelaki Berlari-lari kecil atau "Raml" di kawasan yang tertanda dengan lampu hijau bagi jemaah lelaki Melakukan 7 pusingan secara berturut-turut

Bercukur atau Bergunting Rambut Bercukur atau bergunting rambut di atas kepala adalah ritual penutup yang membebaskan jemaah dari larangan Ihram.

Langkah-langkah bercukur atau bergunting rambut Dilakukan selepas selesai mengerjakan Tawaf dan Saie Menanggalkan atau menghilangkan rambut di kepala Menanggalkan atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut Amalan-amalan sunat semasa bercukur atau bergunting rambut Bercukur adalah lebih baik dari bergunting bagi jemaah lelaki Bercukur dilakukan dalam sekali perbuatan iaitu tidak menggunting rambut dahulu atau bergunting di kedai selepas bercukur Bercukur dimulakan pada sebelah kanan kepala

Tertib Umrah Rukun Umrah perlu dikerjakan dengan tertib mengikut susunan dan giliran yang betul.‌‌ Niat Ihram mesti didahulukan sebelum rukun-rukun yang lain Tawaf didahulukan sebelum Saie Bercukur dan bergunting dilakukan selepas Tawaf dan Saie

Larangan Ihram

Perkara dan Perbuatan yang Dilarang Semasa Berihram

Taraffuh Larangan ke atas perbuatan bersuka, berseronok atau berhias. Menutup kepala bagi lelaki Pakaian bersarung bagi lelaki Menutup muka bagi perempuan Memakai sarung tangan Memakai bau-bauan Memakai minyak di kepala atau janggut Melakukan pendahuluan persetubuhan Bersetubuh Bernikah Itlaf Larangan ke atas perbuatan menggugur, menghilangkan, merosak atau membinasa. Memotong atau menggugurkan rambut atau bulu di badan Memotong kuku Memburu dan membunuh binatang Menebang, mencabut pokok atau tumbuh-tumbuhan Denda ke atas perbuatan melanggar larangan Ihram Dam Takhyir dan Taqdir dikenakan ke atas jemaah yang melanggar larangan Ihram iaitu dengan cara menyembelih seekor kambing; atau bersedekah kepada 6 orang miskin sebanyak 2 cupak makanan setiap orang; atau berpuasa selama 3 hari. Jika melakukan persetubuhan sebelum selesai Umrah, ibadah Umrah dikira terbatal. Baki ibadat yang belum terlaksana wajib diselesaikan. Suami turut dikenakan Dam Tertib dan Ta’dil iaitu dengan cara menyembelih seekor unta; atau lembu; atau 7 ekor kambing; atau memberi sedekah makanan dengan nilai seekor unta; atau berpuasa untuk jumlah hari mengikut bilangan cupak makanan dengan nilai seekor unta. Jika memburu dan membunuh binatang semasa berihram di Tanah Haram atau Tanah Halal semasa berihram; memburu dan membunuh binatang di Tanah Haram semasa tidak berihram; memotong, menebang atau mencabut pokok di Tanah Haram, Dam Takhyir dan Ta’dil dikenakan iaitu dengan cara menyembelih binatang yang sama nilainya dengan harga binatang yang diburu atau pokok yang ditebang; atau memberi sedekah mengikut nilai binatang yang diburu atau pokok yang ditebang; atau berpuasa untuk sejumlah hari mengikut bilangan cupak makanan yang sama nilainya dengan harga binatang yang diburu atau pokok yang ditebang. Jika berkahwin atau mengahwinkan semasa berihram, Dam tidak dikenakan tetapi nikah tersebut dikira tidak sah.

Amalan-amalan Sunat Umrah

Amalan Sunat Umrah

1. Ihram Amalan sunat sebelum melafazkan niat Ihram: Membersih dan menyucikan diri Memotong kuku Merapikan misai dan janggut Menanggalkan bulu ketiak dan ari-ari Memakai wangian Memakai minyak rambut Mandi sunat Ihram Mengambil Wuduk Mengerjakan solat sunat Ihram Berwuduk dan menghadap Kiblat semasa melafazkan niat Ihram Amalan sunat setelah berihram: Bertalbiah Berdoa Berzikir Membaca ayat-ayat Al-Quran Mengelak dari berbual kosong 2. Tawaf Beridtiba’ bagi jemaah lelaki iaitu menampakkan bahu kanan dengan meletakkan bahagian tengah kain selendang di bawah ketiak kanan Mendekati Ka’bah semasa melakukan Tawaf jika tidak terlalu sesak dan keadaan mengizinkan Mulakan Tawaf dengan Istilam iaitu mencium atau mengusap Hajarul Aswad atau jika terlalu jauh, memberi isyarat dengan tangan Apabila tiba di Rukun Yamani, lakukan Istilam dengan mengusapnya atau jika terlalu jauh, beri isyarat dengan tangan Berlari-lari kecil atau "Raml" pada 3 pusingan pertama Berdoa pada tiap-tiap pusingan Tidak bercakap atau makan semasa melakukan ibadat Tawaf Melakukan 7 pusingan secara berturut-turut Setelah selesai 7 pusingan, dirikan Solat Sunat Tawaf 2 rakaat di Maqam Ibrahim Kemudian minum air Zamzam sambil berehat dan berdoa Berdoa di Multazam Jika ingin terus mengerjakan Saie, lakukan Istilam buat kali terakhir 3. Saie Dilakukan dalam keadaan berwuduk Masuk ke tempat Saie melalui laluan ke Bukit Safa Mendaki Bukit Safa dan Bukit Marwah sehingga ke batu-batu bukit bagi jemaah lelaki Menghadap Ka’bah apabila sampai di Bukit Safa dan Bukit Marwah sambil melambai kedua-dua tangan dan bertakbir Berdoa dan berzikir sepanjang melakukan Saie Beridtiba’ pada setiap pusingan bagi jemaah lelaki Berlari-lari kecil atau "Raml" di kawasan yang tertanda dengan lampu hijau bagi jemaah lelaki Melakukan 7 pusingan secara berturut-turut 4. Bercukur atau bergunting rambut Bercukur adalah lebih baik dari bergunting bagi jemaah lelaki Bercukur dilakukan dalam sekali perbuatan iaitu tidak menggunting rambut dahulu atau bergunting di kedai selepas bercukur Bercukur dimulakan pada sebelah kanan kepala

Lebih banyak untuk diterokai

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Terokai sekarang