Sejarah Umrah
Sejarah Umrah
Sejarah Umrah
Sejarah Umrah
Sejarah Ringkas Ibadah Umrah Umrah bermaksud mengunjungi Baitullah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Pada tahun 6 Hijrah, Rasulullah SAW dan 1,400 orang pengikutnya berangkat ke Makkah untuk melaksanakan ibadah Umrah. Mereka kemudiannya dihalang masuk ke Makkah oleh kaum Quraisy di Hudaibiyah dan setelah rundingan dijalankan, Perjanjian Hudaibiyah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Antara perkara yang terkandung di dalam Perjanjian Hudaibiyah adalah gencatan senjata selama 10 tahun dan umat Islam bebas mengunjungi Baitullah untuk 3 hari setiap tahun. Pada tahun berikutnya iaitu tahun 7 Hijrah, Nabi Muhammad SAW bersama 2,000 orang pengikutnya menjalani ibadah Umrah yang pertama.
Pengenalan Umrah
Umrah turut dikenali sebagai “Haji Kecil” dan ibadah ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa kecuali ketika musim Haji. Mengikut pandangan dalam Mazhab Syafie, ibadah Umrah adalah Fardhu, atau wajib, ke atas mereka yang berkemampuan. Selain itu, Umrah turut memberi ganjaran seperti yang telah dinyatakan di dalam Hadith Sahih al-Bukhari (1773) oleh Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ “Antara satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada baginya ganjaran melainkan syurga.”
Rukun Umrah Rukun Umrah terdiri dari 5 perkara yang mesti dilakukan dan ibadah Umrah dikira tidak sah jika semua amalan-amalan tersebut tidak disempurnakan.
Ihram Tawaf Saie Bercukur atau bergunting Tertib
Wajib Umrah Wajib Umrah adalah amalan-amalan yang wajib dilakukan dan sekiranya salah satu daripadanya ditinggalkan, Umrah masih sah tetapi dikenakan Dam. Dam adalah denda yang dikenakan ke atas jemaah yang melanggar larangan Ihram dan amalan-amalan wajib Umrah.
Berniat ihram di Miqat. Meninggalkan perkara-perkara larangan Ihram.
Miqat Miqat adalah sempadan tempat (Miqat Makani) dan sempadan masa (Miqat Zamani) di mana jemaah perlu berniat Ihram untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah. Miqat Makani terdiri dari 5 lokasi iaitu Bir Ali, Zartun Iraqi, Qarnul Manazil, Yalamlam dan Al-Juhfah. Miqat Makani untuk jemaah dari Malaysia yang menaiki kapal terbang adalah Qarnul Manazil dan Miqat Makani untuk jemaah dari Madinah adalah Bir Ali. Miqat Zamani untuk ibadah Umrah adalah pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Syarat untuk mengerjakan Umrah Berserta dengan rukun Umrah dan wajib Umrah, terdapat 5 syarat yang wajib ditepati untuk mengerjakan ibadah Umrah.
Wajib beragama Islam. Baligh. Berakal. Merdeka. Istito’ah atau berkemampuan. Untuk jemaah perempuan, terdapat dua syarat tambahan: Mendapat izin wali atau bapa bagi yang bujang; atau suami bagi yang sudah berkahwin. Ditemani seorang perempuan yang dipercayai bagi yang bujang; atau suami atau mahram bagi yang sudah berkahwin.
Lebih banyak untuk diterokai
Terokai sekarang
Terokai sekarang
Terokai sekarang