Bantuan Khas

Bantuan Khas

Special Assistance

Special Assistance

Bantuan Khas

Keperluan Khas

Keperluan Anda, Keutamaan Kami Malaysia Airlines menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bagi melancarkan perjalanan bagi penumpang yang memerlukan bantuan khas. Penumpang kurang upaya yang menunjukkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) semasa penempahan tiket adalah layak untuk mendapat rebat istimewa bagi penerbangan dalam Malaysia (kecuali untuk MASwings dan pernerbangan harga promosi). Untuk menempah tiket penerbangan atau melakukan urusan untuk diri anda / individu di bawah jagaan anda yang memerlukan bantuan khas, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Global kami di talian 1 300 88 3000 jika anda berada di Malaysia atau +603 7843 3000 jika anda berada di luar negara.

Penumpang dengan Mobiliti Terhad

Kami kekal komited untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada penumpang kami yang dihargai, termasuk penumpang dengan mobiliti terhad yang memerlukan perkhidmatan kerusi roda dan bantuan-bantuan yang lain. Untuk memastikan penumpang dengan mobiliti terhad dapat menaiki pesawat dengan selamat, selesa, teratur dan tepat pada waktunya, kami telah meningkatkan prosedur dan polisi operasi semasa kami mengenai permintaan kerusi roda seperti berikut: Permintaan kerusi roda mesti dibuat melalui Pusat Perhubungan Pelanggan Global kami dan/atau Pejabat Tiket dan/atau ejen pelancongan yang dilantik oleh Malaysia Airlines, sekurang-kurangnya 48 jam sebelum waktu berlepas. Sesetengah penumpang dengan masalah mobiliti mungkin memerlukan pelepasan perubatan sebelum menaiki pesawat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Global kami di 1 300 88 3000 jika anda berada di Malaysia atau +603 7843 3000 jika anda berada di luar negara. Sila layari Syarat Penggunaan kami untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan Pengusung

Kami menawarkan perkhidmatan pengusung bagi laluan di dalam Malaysia dan antarabangsa untuk penumpang yang perlu melakukan perjalanan dalam keadaan berbaring disebabkan masalah kesihatan atau kecederaan. Perkhidmatan Pengusung hanya tersedia di kabin Kelas Ekonomi.‌‌

Muat turun Borang Maklumat Perubatan (MEDIF) . Hantar MEDIF yang telah dilengkapkan ke Meja MEDA Malaysia Airlines di [email protected] , sekurang-kurangnya 10 hari bekerja sebelum penerbangan. Pasukan Meja MEDA akan menghubungi anda untuk memberikan sebut harga tambang, mengesahkan jika pengusung boleh diterima untuk penerbangan dan melakukan tempahan tiket. Penerimaan penumpang yang memerlukan pengusung adalah tertakluk pada ketersediaan penerbangan dan pengusung, serta kelulusan daripada pihak perkhidmatan perubatan Malaysia Airlines. Penumpang yang melakukan perjalanan dengan pengusung mesti ditemani oleh pengiring perubatan kecuali jika pengecualian telah diperolehi daripada pihak perkhidmatan perubatan Malaysia Airlines. Penumpang yang memerlukan pengusung perlu melakukan perancangan sendiri untuk pemindahan ambulans di lapangan terbang berlepas dan ketibaan dan untuk sebarang peralatan perubatan yang diperlukan untuk digunakan di dalam pesawat. Kelulusan daripada pihak perkhidmatan teknikal Malaysia Airlines diperlukan untuk penggunaan peralatan perubatan di dalam pesawat. Meja MEDA Malaysia Airlines dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat (Ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Malaysia).

Tidak layak untuk Perjalanan Udara

Anemia tahap teruk. Kes otitis media dan sinusitis yang teruk. penyakit akut yang boleh berjangkit atau menular cth., tuberkulosis terbuka Infark miokard dalam masa 6 minggu dari kegagalan jantung on-set/kongestif. Penyakit darah tinggi dengan komplikasi teruk. Ulserasi peptik dengan pendarahan baru berlaku dalam tempoh 3 minggu. Kes pasca pembedahan (dalam tempoh 10 hari dari pembedahan perut/dalam tempoh 21 hari dari pembedahan dada). Penyakit kulit yang berjangkit secara semula jadi. Patah rahang dengan pendawaian rahang tetap. Penyakit mental tanpa pengawasan dan ubat penenang. Ibu mengandung dengan kehamilan normal melebihi 36 minggu. Ibu mengandung dengan kehamilan berganda atau rumit melebihi 32 minggu. Kemasukan udara ke dalam rongga badan untuk tujuan diagnostik atau terapi dalam tempoh 7 hari yang lepas.

Bantuan untuk Penumpang yang Tidak Berupaya

Penumpang yang tidak berupaya adalah mereka yang, disebabkan oleh keadaan perubatan, fizikal atau mental mereka memerlukan perhatian individu yang tidak biasanya diberikan kepada penumpang lain. Perhatian ini mungkin diperlukan ketika menaiki pesawat, keluar dari pesawat, di dalam pesawat, semasa kecemasan dan/atau ketika pengendalian darat. Sesetengah penumpang yang tidak berupaya mungkin mempunyai kecacatan kekal tetapi stabil seperti artritis, pekak, buta, atau lumpuh keseluruhan atau sebahagian badan. Sementara yang lain mungkin mempunyai kecacatan sementara seperti pembedahan yang baru dilakukan, tulang badan yang patah, atau penyakit yang baru berlaku dan memerlukan mereka untuk menggunakan pengusung atau kerusi roda. Tidak semua penumpang yang tidak berupaya memerlukan kelulusan perubatan sebelum diterima untuk menaiki pesawat. Walau bagaimanapun, penumpang dengan ketidakupayaan dan/atau kecacatan berikut adalah tertakluk pada kelulusan perubatan oleh Jabatan Perkhidmatan Perubatan kami sebelum diterima untuk melakukan perjalanan:

Mereka yang menghidap penyakit yang dipercayai menular secara aktif dan berjangkit. Mereka yang mungkin mengalami atau mempunyai tingkah laku atau keadaan fizikal yang luar biasa akibat penyakit atau ketidakupayaan tertentu dan boleh memberi kesan buruk ke atas kesejahteraan dan keselesaan penumpang-penumpang lain dan/atau anak kapal. Mereka yang boleh dianggap berpotensi untuk membahayakan keselamatan atau ketepatan waktu penerbangan termasuk kemungkinan pengalihan dan pendaratan yang tidak dijadualkan. Mereka yang memerlukan rawatan perubatan dan/atau peralatan khas untuk menjaga kesihatan mereka semasa penerbangan. Mereka yang mungkin mengalami keadaan kesihatan yang bertambah buruk semasa atau disebabkan penerbangan. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai bantuan yang diberikan untuk keadaan tertentu, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Global kami di 1 300 88 3000 (di dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia).

Perkhidmatan Inkubator Bayi

Malaysia Airlines menawarkan perkhidmatan inkubator bayi di semua sektor domestik dan/atau penerbangan terus laluan antarabangsa dengan masa perjalanan selama 3 jam dan ke bawah. Bayi yang memerlukan penggunaan mesin ventilasi tidak akan diterima untuk penerbangan. Muat turun Borang Maklumat Perubatan (MEDIF) . Hantar MEDIF yang telah dilengkapkan ke Meja MEDA Malaysia Airlines di [email protected] , sekurang-kurangnya 10 hari bekerja sebelum penerbangan. Pasukan Meja MEDA akan menghubungi anda untuk memberikan sebut harga tambang, mengesahkan jika pengangkutan inkubator diterima untuk penerbangan dan membantu dengan tempahan penerbangan bayi. Penerimaan bayi yang memerlukan inkubator adalah tertakluk pada ketersediaan penerbangan dan pengusung, serta kelulusan daripada pihak perkhidmatan perubatan Malaysia Airlines. Bayi yang melakukan perjalanan dengan inkubator mesti ditemani oleh sekurang-kurangnya satu (1) orang pengiring perubatan, paramedik atau jururawat. Inkubator akan ditempatkan di dalam kabin Kelas Ekonomi. Inkubator mesti disediakan oleh penyedia perkhidmatan perubatan dan mempunyai elemen pemanasan yang dikuasakan dengan bateri. Sekiranya bayi memerlukan sokongan oksigen, syarikat penerbangan hanya menerima Penumpu Oksigen Mudah Alih (POC) yang diluluskan oleh FAA dengan aliran oksigen berterusan. POC mesti dikuasakan dengan bateri dan bertahan selama 150% waktu penerbangan. Penumpang perlu membuat perancangan sendiri untuk pemindahan ambulans di lapangan terbang berlepas dan ketibaan dan untuk sebarang peralatan perubatan yang diperlukan untuk digunakan di dalam pesawat. Kelulusan daripada pihak perkhidmatan teknikal Malaysia Airlines diperlukan untuk penggunaan peralatan perubatan di dalam pesawat. ‌Meja MEDA Malaysia Airlines dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang Isnin hingga Jumaat (ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Malaysia).

Pengangkutan Penumpu Oksigen Mudah Alih (POC)

Malaysia Airlines membenarkan pengangkutan POC dalam penerbangannya tertakluk pada kelulusan daripada jabatan Perkhidmatan Perubatan dan Kejuruteraannya. Sewaan. Peribadi. Untuk pengangkutan sahaja (tidak digunakan di dalam pesawat).

Sebelum menerima penumpang yang memerlukan POC ke dalam pesawat, syarat-syarat berikut mesti dipenuhi: Malaysia Airlines memerlukan penumpang untuk mendapatkan kelulusan MEDIF sebelum membeli tiket penerbangan. Semua pengangkutan POC di dalam pesawat mesti diluluskan oleh FAA dan memerlukan kelulusan Malaysia Airlines melalui MEDIF. POC yang didaftar masuk tidak perlu diluluskan oleh FAA tetapi memerlukan kelulusan Malaysia Airlines melalui MEDIF. POC yang akan digunakan di dalam pesawat mesti beroperasi dan berada dalam keadaan baik. Hanya POC yang dikuasakan dengan bateri diterima di dalam pesawat. Hanya bateri sel kering atau gel dibenarkan di dalam pesawat. POC mesti mempunyai kuasa bateri yang cukup untuk bertahan selama satu setengah kali tempoh perjalanan (150% masa perjalanan). ** Penumpang yang menggunakan POC dari rumah ke lapangan terbang diminta untuk membawa bateri ganti yang bertahan 150% masa penerbangan mereka untuk memastikan kuasa bateri mencukupi untuk sepanjang perjalanan. ** Peranti tidak boleh dikuasakan dengan menggunakan bekalan kuasa pesawat. MEDIF yang diluluskan mesti dipamerkan semasa mendaftar masuk. Malaysia Airlines berhak untuk menilai/memeriksa POC sebelum diterima masuk ke dalam pesawat. Penumpang yang menggunakan POC mesti menunjukkan bahawa peranti tersebut berada dalam keadaan berfungsi. ** POC untuk digunakan di dalam pesawat tidak akan dianggap sebagai bagasi penumpang. POC untuk tujuan pengangkutan sahaja (tidak digunakan di dalam pesawat) akan dianggap sebagai bagasi penumpang (bateri perlu dikeluarkan dan dibungkusi secara berasingan dari POC). Penumpang tidak boleh mengambil tempat duduk bulkhead atau tempat duduk barisan keluar. Penumpang dengan POC mesti mengambil tempat duduk tingkap untuk memastikan tiub tidak menimbulkan bahaya. POC mesti disimpan di bawah tempat duduk depan. ** Syarat ini TIDAK terpakai ke atas POC yang bukan untuk digunakan di dalam pesawat. ‌Penumpang mesti mendapatkan kelulusan Malaysia Airlines melalui MEDIF walaupun jika peranti tersebut bukan untuk digunakan di dalam pesawat.

Penumpang harus memastikan Borang Maklumat Perubatan (MEDIF) dilengkapkan dan ditandatangani oleh doktor yang merawat dan diserahkan kepada Meja MEDA dengan sewajarnya: POC yang disewa daripada pembekal yang dilantik oleh Malaysia Airlines: Untuk penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, MEDIF perlu dihantar ke meja MEDA sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum perjalanan. Sekiranya berlepas dari lokasi selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, MEDIF perlu dihantar ke meja MEDA sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari bekerja sebelum perjalanan. POC peribadi Penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau lapangan terbang lain, MEDIF perlu dihantar ke meja MEDA sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum perjalanan. Dibawa untuk tujuan pengangkutan Penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau lapangan terbang lain, MEDIF perlu dihantar ke meja MEDA sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum perjalanan. * Waktu operasi Meja MEDA adalah dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat tidak termasuk cuti umum.

Penumpang dilarang menaiki pesawat sekiranya:​ Penumpang gagal untuk mendaftar masuk beserta POC tepat pada masa yang ditetapkan. Sekiranya peranti Tidak berfungsi (tidak boleh dihidupkan dan dimatikan/lampu petunjuk tidak berfungsi, dll.). Tidak berada dalam keadaan yang baik (tiub retak, bateri bocor, dll.) Butiran di dalam MEDIF tidak sama dengan POC sebenar. Tidak mempunyai bilangan bateri atau kuasa bateri yang mencukupi. Malaysia Airlines berhak untuk menolak pengangkutan dalam penerbangan yang berkaitan sehingga semua syarat polisi yang berkenaan dipenuhi. Sekiranya pengangkutan ditolak, semua caj termasuk pertukaran tiket, visa, pengangkutan, hotel, dan kos doktor adalah ditanggung oleh penumpang. Malaysia Airlines tidak akan menerima liabiliti atau bertanggungjawab ke atas sebarang kos yang berkaitan dengan penolakan pengangkutan tersebut.

Rujukan Peraturan

Salinan rujukan peraturan Bahagian 382 (Tiada diskriminasi atas dasar ketidakupayaan dalam perjalanan udara) dalam format yang dapat diakses daripada Jabatan Pengangkutan AS boleh diperolehi: Melalui telefon (di Amerika Syarikat) menerusi Talian Hotline Bebas Tol untuk Pengembara Udara Kurang Upaya di 1 800 778 4838 (suara) atau 1 800 455 9880 (TTY), Aviation Consumer Protection Division di 202 366 2220 (suara) atau 202 366 0511 (TTY). Melalui surat ke Air Consumer Protection Division, C-75, U.S. Department of Transportation, 1200 New Jersey Ave. SE, West Building, Room W96-432, Washington, DC 20590. Di laman web Aviation Consumer Protection Division. Anda juga boleh mengakses Peraturan (EC) No.1107/2006 Parlimen Eropah dan Majlis berkenaan dengan hak orang kurang upaya dan orang dengan mobiliti terhad ketika melakukan perjalanan melalui udara di sini .

Ketahui lebih lanjut

Panduan Kesihatan dan Perubatan

Panduan dan prosedur untuk penumpang yang mempunyai keperluan kesihatan dan perubatan.

Kelulusan Perubatan Sesetengah masalah kesihatan mungkin memerlukan penumpang untuk mendapatkan penilaian perubatan dan kelulusan dari syarikat penerbangan sebelum meneruskan penerbangan. Malaysia Airlines berhak untuk melarang penumpang dengan masalah kesihatan yang boleh menimbulkan risiko keselamatan penerbangan dari menaiki pesawat. Sekiranya anggota kru kabin mengesyaki bahawa penumpang tidak sihat sebelum berlepas, Komander pesawat akan dimaklumkan. Penumpang yang tidak sihat mungkin diturunkan dari pesawat bergantung pada penilaian Komander.

Prosedur Kelulusan Perubatan Syarikat Penerbangan

Borang Maklumat Perubatan (MEDIF) perlu dilengkapkan oleh penumpang yang memerlukan bantuan perubatan serta doktor yang merawat dan dihantar ke Meja Bantuan Perubatan Malaysia Airlines (MEDA) di [email protected] sebelum melakukan perjalanan.

‌* Malaysia Airlines hanya menawarkan penyewaan POC dari pembekal yang dilantik. Mana-mana POC yang disewa dengan syarikat selain dari pembekal yang dilantik akan dianggap sebagai POC milik penumpang sendiri. * Tertakluk pada Cuti Umum Malaysia MEDIF adalah sah selama 20 hari kalendar hanya setelah pemeriksa perubatan Malaysia Airlines meluluskan permohonan tersebut sebelum perjalanan dimulakan. Untuk maklumat lanjut mengenai kelulusan perubatan, sila hubungi pasukan Meja MEDA di [email protected] .

Bayi di dalam inkubator. Penumpang yang menggunakan pengusung. Penumpang yang melakukan perjalanan dengan peralatan perubatan mereka sendiri seperti penumpu oksigen mudah alih, pam infusi dan alat sedutan. Peranti Elektronik Mudah Alih Perubatan (M-PED) mesti diluluskan oleh FAA. Penumpang yang menaiki pesawat dengan atau setelah menghidap penyakit, jangkitan atau pembedahan di mana persekitaran penerbangan boleh memburukkan lagi keadaan mereka atau keadaan mereka mungkin mendatangkan risiko kesihatan kepada penumpang lain di dalam pesawat. Contoh seperti: Angina pektoris atau sakit dada semasa rehat. Infark miokard dan strok yang baru berlaku (tempoh masa bergantung pada ketenatan penyakit dan tempoh perjalanan). Penyakit pernafasan kronik teruk yang baru berlaku, atau pneumotoraks yang belum diselesaikan. Peningkatan tekanan intrakranial akibat pendarahan, trauma atau jangkitan. Pembedahan atau kecederaan yang baru berlaku di mana udara atau gas yang terperangkap mungkin wujud, terutamanya trauma perut dan pembedahan gastrointestinal, kecederaan kranio-fasial dan okular, pembedahan otak, pembedahan mata dan kecederaan yang menembusi bebola mata. Penyakit berjangkit yang serius atau akut. Penyakit kesihatan mental. Penyakit penyahmampatan selepas menyelam. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kepada [email protected] .

Bayi kehamilan penuh berusia lebih dari satu minggu. Bayi pramatang dengan usia kehamilan lebih dari 39 minggu. Wanita hamil dengan kehamilan normal: Dengan kehamilan berganda, tidak digalakkan melakukan perjalanan selepas 32 minggu. Dengan kehamilan tunggal, tidak digalakkan melakukan perjalanan selepas 36 minggu. Wanita baru bersalin kehamilan normal selepas minggu pertama. Wanita baru bersalin dengan pembedahan Caesarean. ‌Walau bagaimanapun, penumpang seperti di atas diminta untuk membawa bersama surat doktor yang mengesahkan kesesuaian kesihatan mereka untuk melakukan perjalanan udara. Ini perlu ditunjukkan di kaunter daftar masuk di mana anda akan diminta untuk mengisi Borang Pelepasan.

Alahan Kacang Tanah dan Kacang Pokok Malaysia Airlines berhasrat untuk menyatakan dengan jelas dan telus mengenai syarat-syarat berkaitan alahan kacang tanah dan kacang pokok kepada penumpang kami untuk membantu mereka membuat keputusan yang tepat ketika memilih untuk melakukan penerbangan dalam keadaan yang dijelaskan di sini. ‌Kami menggalakkan penumpang dengan masalah alahan kacang tanah/kekacang untuk membincangkan rancangan perjalanan mereka dan menilai kesesuaian mereka untuk melakukan perjalanan dengan doktor mereka terlebih dahulu. Ia adalah tanggungjawab penumpang dengan alahan kacang tanah untuk memperkenalkan diri mereka sebagai seorang yang mempunyai sensitiviti atau alahan terhadap kacang tanah/kekacang semasa membuat tempahan. ‌Penumpang yang mempunyai alahan kacang tanah/kekacang tidak memerlukan kelulusan perubatan syarikat penerbangan.

Malaysia Airlines tidak dapat memberi jaminan persekitaran bebas kacang tanah/kekacang di ruang pesawat atau ruang rehat lapangan terbangnya. Syarikat penerbangan tersebut tidak melarang penumpang untuk membawa produk kacang tanah/kekacang mereka sendiri ke dalam pesawat. Malaysia Airlines tidak akan melaksanakan zon penyangga bebas kacang tanah atau bebas kekacang dan/atau menghentikan sajian snek kacang tanah atau kekacang; serta tidak akan membuat pengumuman di dalam pesawat untuk menghalang penumpang daripada memakan kacang tanah/kekacang.

Malaysia Airlines tidak menjamin bahawa makanan yang disajikan, termasuk sebarang makanan khas untuk penumpang dengan alahan kacang tanah/kekacang disediakan di dapur bebas kacang tanah/kekacang atau tidak mempunyai pencemaran silang dengan produk kacang tanah/kekacang lain di dapur-dapur pesawat dan perkhidmatan katering di dalam rangkaian kami. ‌Penumpang dengan alahan kacang tanah/kekacang perlu meminta makanan alternatif yang sesuai (SPML) atau, jika mereka memerlukan kepastian bahawa makanan mereka adalah bebas alergen, mereka boleh membawa makanan mereka sendiri yang tidak memerlukan penyejukan atau pemanasan semula. ‌Snek kacang tanah dan kekacang disajikan di kebanyakan penerbangan kami dan kacang tanah adalah bahan penting dalam beberapa hidangan dalam pesawat kami seperti sos kacang untuk satay yang disajikan di dalam Kelas Perniagaan dan Suite Perniagaan. Sekiranya anda mempunyai alahan kacang tanah/kekacang, anda amat digalakkan untuk: Memaklumkan kepada kami tentang alahan anda semasa membuat tempahan dan membuat permintaan untuk makanan alternatif yang sesuai selewat-lewatnya 24 jam sebelum waktu berlepas. Mendaftar masuk di kaunter daftar masuk lapangan terbang. Memuat turun Borang Pelepasan Alahan Kacang Tanah/Kekacang di : sini dan bawa dua (2) salinan borang yang telah dilengkapkan bersama anda. Serahkan satu (1) salinan di kaunter daftar masuk lapangan terbang. Simpan salinan kedua untuk pengesahan kakitangan di pintu berlepas atau di dalam pesawat. Sekiranya anda mendaftar masuk dan melakukan penerbangan sambungan dengan Malaysia Airlines dari syarikat penerbangan lain, anda diminta untuk menyerahkan satu (1) salinan kepada kakitangan pintu masuk Malaysia Airlines untuk penerbangan sambungan anda. Simpan salinan kedua untuk pengesahan kakitangan di dalam pesawat. Bawa Pelan Tindakan dari doktor untuk reaksi alahan/anafilaksis. Bawa ubat anda seperti EpiPen di dalam bagasi kabin anda dan pastikan ia berada dalam jangkauan semasa penerbangan. Pastikan anda dan/atau teman perjalanan anda telah dilatih untuk menggunakan EpiPen. Maklumkan kepada kakitangan Malaysia Airlines (di darat atau di dalam pesawat) jika anda merasakan gejala reaksi alahan. Bawa makanan anda sendiri yang tidak memerlukan penyejukan atau pemanasan semula di dalam pesawat jika anda inginkan kepastian makanan yang tanpa alergen. Naik pesawat lebih awal untuk membersihkan sandaran tangan, dulang makan dan kawasan sandaran tempat duduk. Sekiranya anda mempunyai alahan kacang tanah/kekacang, anda mesti: Memaklumkan kepada rakan penerbangan perkongsian kod dan syarikat penerbangan sambungan mengenai keperluan alahan kacang tanah/kekacang anda berpandukan dasar syarikat penerbangan tersebut. Jika anda berumur di bawah 16 tahun, lakukan perjalanan dengan pengiring dewasa yang akan memberikan rawatan sekiranya diperlukan.

Penumpang yang Menghidap Penyakit Akut atau Kronik Sekiranya anda mempunyai penyakit kronik yang stabil (seperti kencing manis, darah tinggi, asma), yang dikawal baik dengan ubat-ubatan, anda tidak memerlukan kelulusan perubatan. Anda harus mengambil ubat mengikut waktu lokasi berlepas anda dan menyesuaikan diri dengan sewajarnya apabila tiba di destinasi anda. Anda harus membawa ubat-ubatan anda di dalam beg tangan mengikut garis panduan di dalam bahagian "Membawa ubat-ubatan dalam perjalanan" di bawah.

Pesakit Kencing Manis

Sekiranya anda menghidap penyakit kencing manis, anda dinasihatkan untuk menyediakan bekalan insulin atau ubat tablet, jarum ganti atau jarum suntik di dalam bagasi tangan anda sekiranya berlaku kerosakan atau kelewatan penerbangan. Untuk mengelakkan masalah dengan pihak keselamatan di lapangan terbang, surat kebenaran doktor diperlukan untuk mengesahkan bahawa anda bergantung pada insulin. Oleh kerana diet untuk pesakit kencing manis adalah berbeza-beza, sila maklumkan kepada kami mengenai keperluan makanan anda sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu penerbangan.

Perentak Jantung

Sekiranya anda mempunyai perentak jantung di dalam tubuh anda, sila bawa bersama kad pengenalan atau surat dari doktor anda yang menyatakan bahawa anda mempunyai alat perentak jantung tersebut. Menaiki pesawat dengan perentak jantung adalah selamat jika keadaan jantung anda stabil. Walau bagaimanapun, isu yang mungkin perlu diberi perhatian adalah semasa prosedur pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang. Alat pengesan logam lapangan terbang tidak akan mengganggu perentak jantung anda tatapi logam di dalamnya mungkin akan membunyikan alat penggera. Elakkan berada lama atau bersandar pada sistem pengesanan logam. Sekiranya anggota keselamatan berkeras menggunakan alat pengesan logam genggam, minta mereka untuk tidak memegang peranti berhampiran perentak jantung anda lebih lama daripada yang diperlukan.. Sebagai tambahan, anda harus berjumpa dengan doktor anda sendiri dan membaca arahan dari pengeluar model perentak jantung anda sendiri untuk menentukan sama ada perentak jantung yang anda miliki lebih sensitif terhadap peralatan pengesanan logam.

Penyelam

Penyelam tidak boleh menaiki pesawat dengan segera setelah menyelam kerana risiko penyakit penyahmampatan akibat tekanan kabin yang berkurang. Adalah disyorkan untuk penyelam agar tidak menaiki pesawat sehingga sekurang-kurangnya 12 jam selepas kali terakhir menyelam dan tempoh ini harus dipanjangkan hingga 24 jam selepas menyelam berbilang kali atau selepas melakukan selaman yang memerlukan penghentian penyahmampatan. ‌Penyelam yang menjalani Terapi Oksigen Hiperbarik (HBOT) kerana penyakit penyahmampatan tidak boleh menaiki pesawat sekurang-kurangnya 72 jam selepas sesi HBOT yang terakhir.

Membawa Ubat-ubatan dalam Perjalanan

Anda dinasihatkan untuk membawa ubat anda di dalam beg tangan anda. Anda juga harus membawa salinan preskripsi atau kenyataan sokongan bertulis dari doktor sekiranya ubat anda hilang, bekalan tambahan diperlukan, atau pemeriksaan keselamatan atau kastam memerlukan bukti bahawa ia adalah untuk kegunaan peribadi.

Maklumat Perubatan

Rawatan perubatan yang terhad tersedia di dalam pesawat. Semua kru kabin kami telah dilatih untuk memberi rawatan perubatan asas.

Kru kabin Malaysia Airlines telah dilatih dalam penggunaan peralatan pertolongan cemas dan dalam menjalankan prosedur pertolongan cemas serta CPR. Mereka juga terlatih untuk mengenal pasti pelbagai masalah kesihatan umum dan memberikan bantuan mengikut keperluan.

Peralatan perubatan yang terdapat di dalam pesawat Malaysia Airlines adalah termasuk: Kit pertolongan cemas dan Defibrilator Luaran Automatik (AED) untuk digunakan oleh kru kabin. Kit doktor untuk digunakan oleh doktor.

Kru kabin Malaysia Airlines boleh meminta bantuan daripada profesional perubatan untuk memberikan bantuan perubatan kepada orang yang cedera atau sakit di dalam pesawat. Penumpang yang memperkenalkan diri mereka sebagai profesional perubatan akan diminta untuk menunjukkan pengenalan diri yang berkaitan dan/atau memberikan perincian kelayakan perubatan mereka kepada kru kabin kami. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang,​, Malaysia Airlines akan melindungi profesional perubatan tersebut dari liabiliti undang-undang yang mungkin timbul akibat bantuan atau rawatan yang diberikan di dalam pesawat.

Ketahui lebih lanjut

Bayi dan Kanak-kanak

Perkhidmatan khas untuk kanak-kanak terbang bersendirian dan keluarga bersama bayi​

Kanak-kanak Bawah Umur yang Tidak Ditemani

Perkhidmatan ‘Unaccompanied minor’ disediakan atas permintaan semasa membuat tempahan tiket penerbangan untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun yang melakukan perjalanan secara bersendirian atau berada di dalam kelas kabin yang berbeza dengan pengiring dewasa mereka. Kakitangan darat dan kru kabin kami akan menemani anak anda sepanjang perjalanan mereka dari mendaftar masuk hingga mereka diserahkan kepada penjaga yang dilantik di pintu ketibaan.

We advise that you speak to your children about the journey, and to let them know that they are always able to reach out to any Malaysia Airlines representatives. For a smooth experience on board, please ensure that your children are fit to fly and that they are able to follow our crew member’s safety instructions. ‌ ‌ The unaccompanied minor service is unavailable for flights involving transfers with stopovers of more than 24 hours, unless parents or guardians have arranged for the child to be picked up at the transfer point. The conditions under which minors are permitted to travel, however, may differ based on point of departure. For this reason, we advise you to contact your nearest Malaysia Airlines office for more details.

Kami menasihatkan anda untuk memberitahu anak-anak anda mengenai perjalanan mereka, dan untuk memberitahu mereka bahawa mereka sentiasa boleh berhubung dengan mana-mana wakil Malaysia Airlines. Untuk pengalaman yang lancar di dalam pesawat, pastikan anak-anak anda boleh melakukan perjalanan udara dan mereka boleh mengikut arahan keselamatan anak kapal kami. Perkhidmatan kanak-kanak bawah umur yang tidak ditemani tidak tersedia untuk penerbangan yang melibatkan pemindahan dan persinggahan melebihi 24 jam, kecuali jika ibu bapa atau penjaga telah membuat perancangan untuk anak tersebut dijemput di tempat pemindahan. Walau bagaimanapun, syarat-syarat untuk kanak-kanak bawah umur dibenarkan melakukan perjalanan mungkin berbeza berdasarkan tempat berlepas. Atas sebab ini, kami menasihati anda untuk menghubungi pejabat Malaysia Airlines yang terdekat untuk maklumat lanjut.

Sekatan Tempahan Perkhidmatan ini mesti dipohon semasa membuat tempahan tiket penerbangan. Perkhidmatan kanak-kanak bawah umur yang tidak ditemani boleh didapati melalui Pusat Panggilan kami di 1 300 88 3000 (di Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia, caj panggilan jarak jauh mungkin dikenakan) atau Pejabat Tiket di Bandar/Lapangan Terbang. Anda diminta untuk melengkapkan Borang Perkhidmatan Pengendalian Kanak-Kanak Bawah Umur Yang Tidak Ditemani (UMNR) untuk tujuan pengesahan semasa mendaftar masuk.

Empat salinan borang UMNR (jika anda melakukan perjalanan tanpa transit). Lima hingga enam salinan borang UMNR (untuk perjalanan dengan transit). Muat turun borang UMNR di sini . Perkhidmatan ini adalah tertakluk pada ketersediaan tempat duduk.

Keutamaan Menaiki Pesawat

Ibu bapa dan keluarga bersama bayi dan anak-anak diberi keutamaan menaiki pesawat untuk memberi mereka lebih banyak masa untuk mengurus anak-anak dan menyimpan barang-barang mereka dengan selesa.

Hiburan di Dalam Pesawat

Penerbangan terpilih dilengkapi dengan sistem Audio Video on Demand (AVOD) dengan rancangan kartun dan program kanak-kanak untuk menghiburkan anak-anak anda.

Makanan

Makanan berkhasiat khas untuk kanak-kanak (CHML) berumur 2 hingga 12 tahun boleh dipesan terlebih dahulu untuk penerbangan yang menyediakan perkhidmatan makanan. Makanan yang disajikan bergantung pada sektor penerbangan. Permintaan perlu dibuat melalui Tempahan/Kaunter Tiket/Pusat Panggilan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu berlepas. Sila hubungi 1 300 88 3000 (di Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia).

Kemudahan Penjagaan Kanak-kanak di Lapangan Terbang

Four copies of the UMNR form (if you are travelling without any transit point). Five to six copies of the UMNR form (for travel with transit point). Download the UMNR form  here This service is subject to seat availability.

Malaysia Airlines menyediakan Bilik Mainan Kanak-Kanak di lapangan terbang terpilih. Kemudahan ini dilengkapi dengan televisyen dan pemain DVD, meja tulis bersaiz kanak-kanak, kerusi, mainan, komik dan buku mewarna.

Ketahui lebih lanjut

Lebih banyak untuk diterokai

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Tile Image for Special Assistance