Bagasi

Bagasi

Bagasi

Bagasi Kabin

Perkara yang anda perlu tahu tentang bagasi kabin Turut dikenali sebagai​ bagasi yang dibawa, bagasi tangan atau bagasi yang tidak didaftar masuk. Bagasi kabin adalah bagasi di bawah pengawasan dan jagaan penumpang yang dibawa masuk ke dalam kabin pesawat.

Nota: Had bagasi kabin untuk ahli Enrich Platinum dan Gold/oneworld Emerald dan Sapphire kekal mengikut kelas perjalanan bertiket mereka. Had bagasi percuma tambahan terpakai kepada bagasi berdaftar sahaja.

Barangan Yang Dikawal dan Dihadkan

Semua bentuk cecair hanya dibenarkan di dalam bekas dengan kapasiti yang tidak melebihi 100ml.

Bekas hendaklah diletakkan di dalam beg plastik yang telus dan mempamerkan kapasiti maksimum 1 liter (lihat contoh gambar di bawah). Setiap penumpang dibenarkan membawa 1 beg plastik yang telus dan boleh dilekatkan semula. Beg plastik tersebut hendaklah dipamerkan untuk pemeriksaan x-ray secara berasingan dari bagasi kabin yang lain.

Rajah: Bekas Plastik LAG

Pengecualian

Ubat-ubatan dan bekalan keperluan diet khusus yang diperlukan semasa penerbangan adalah dikecualikan jika disertakan dengan surat daripada doktor/klinik/hospital atau preskripsi. Susu/makanan bayi adalah dikecualikan jika dibawa oleh penumpang yang terbang bersama kanak-kanak di bawah umur 7 tahun. Barangan yang dibeli oleh penumpang di kedai bebas cukai lapangan terbang atau di dalam pesawat pada hari berlepas juga dikecualikan tetapi barangan tersebut harus dibungkus di dalam beg plastik tertutup dan dilampirkan dengan bukti pembelian.

Pakej Bertebat yang Mengandungi Nitrogen Cecair yang Didinginkan

Bekas simpanan nitrogen cecair yang membawa sampel embrio manusia dibenarkan sebagai bagasi daftar masuk atau bagasi kabin tertakluk pada kelulusan AVMED.

Pakej Mudah Rosak yang Mengandungi Karbon Dioksida, Pepejal (Ais Kering)

Karbon dioksida pepejal (ais kering) tidak boleh melebihi 2.5kg (5Ib) adalah dibenarkan untuk setiap penumpang apabila digunakan untuk membungkus barang mudah rosak yang tidak tertakluk pada Peraturan Barang Berbahaya IATA dalam bagasi yang dibawa sahaja. Penumpang dikehendaki mengisytiharkan karbon dioksida pepejal (ais kering) yang dibawa sebagai bagasi tangan/bagasi kabin/bagasi dibawa semasa tempahan tiket/mendaftar masuk. Makanan laut tidak dibenarkan untuk didaftar masuk. Makanan laut segar dan/atau beku hanya boleh diterima sebagai bagasi kabin, tertakluk pada peraturan kuarantin destinasi dan dengan syarat barang tersebut dibungkus dengan sempurna (penggunaan ais hancur tidak dibenarkan) dan memenuhi syarat berat dan ukuran bagasi kabin.

Bagasi Daftar Masuk

Ukuran Bagasi Ukuran linear maksimum bagasi daftar masuk yang dibenarkan adalah 158sm (panjang + lebar + tinggi). Mana-mana beg dengan dimensi linear antara 158sm dan 204sm dikira sebagai bagasi berukuran besar. Bagasi dengan dimensi melebihi 204sm tidak dibenarkan sebagai bagasi daftar masuk atau bagasi kabin dan harus dihantar melalui pengangkutan kargo.

Berat Bagasi Untuk konsep unit, setiap bagasi yang didaftar masuk tidak boleh melebihi 32kg untuk Suite Perniagaan/Kelas Perniagaan atau 23 kg untuk Kelas Ekonomi. ‌Untuk konsep berat, setiap bagasi yang didaftar masuk tidak boleh melebihi 32kg untuk Suite Perniagaan/Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi. Tiada had jumlah unit bagasi dikenakan untuk konsep berat.

Malaysia Airlines menawarkan elaun percuma untuk peralatan bayi, peralatan perubatan peribadi, topang, tongkat, alat bantu jalan, alat sokongan belakang tubuh, selit belakang untuk kerusi roda dan alat pendakap. Bayi dengan tiket diskaun 10% diskaun dibenarkan 1 beg kabin dengan ukuran maksimum 115sm dan 1 tempat duduk bayi yang boleh dilipat sepenuhnya, kereta sorong bayi atau bakul bayi. Berat barangan yang dibenarkan mestilah tidak melebihi 10kg secara keseluruhan.​ Orang dengan kelainan upaya boleh membawa sebuah kerusi roda/peranti mobiliti, topang atau lain-lain peranti bantuan ortopedik sebagai tambahan kepada peruntukan bagasi percuma menurut 'Free Baggage Allowance (FBA)'. Kelayakan bagasi daftar masuk tambahan untuk penumpang oneworld adalah sama seperti di atas dan sebarang lebihan bagasi akan dikenakan caj yang sewajarnya. Mulai 1 Ogos 2018, peruntukan bagasi percuma untuk penumpang EYCL dan laluan domestik Malaysia Airlines telah diubah kepada 20kg (berbanding 30kg sebelum ini. Tiada perubahan pada polisi sedia ada seperti berikut: Ukuran bagasi dan jumlah unit yang dibenarkan Kelayakan elaun bagasi percuma tambahan untuk Enrich Platinum/Gold/Silver Kelayakan elaun bagasi percuma sebanyak 40kg untuk BSCL Penumpang di bawah Waran Jaminan Kerajaan (GOM) masih layak menerima elaun bagasi percuma sebanyak 30kg untuk laluan domestik Malaysia Airlines.

Bagasi Istimewa

Bagasi tempat duduk kabin atau bagasi yang tidak sesuai untuk disimpan di dalam ruang kargo seperti alat muzik, karya seni, peralatan elektronik, bagasi diplomatik dan bagasi berharga boleh dibawa ke dalam bahagian kabin bergantung kepada saiz dan bentuk. Alat muzik boleh disimpan di dalam kargo sebagai bagasi daftar masuk jika dibungkus dengan betul. Peralatan yang kecil seperti flut dan biola, boleh dibawa bersama penumpang ke dalam kabin. Manakala, peralatan yang lebih besar seperti trombon mesti disimpan di ruang kargo sebagai bagasi daftar masuk. ​ Peralatan sukan mesti dibungkus dengan betul dalam beg pelindung atau dibalut.

Kerusi Roda Berkuasa Bateri dan Alat Bantuan Mobiliti

Kerusi roda berkuasa bateri dan/atau alat bantuan mobiliti yang dikuasakan oleh bateri basah yang tidak tumpah atau bateri kering seperti yang ditentukan dalam Peraturan Barang Berbahaya IATA (DGR) dibenarkan sebagai bagasi daftar masuk tertakluk pada kelulusan Malaysia Airlines. Penumpang boleh memohon kelulusan untuk membawa kerusi roda berkuasa bateri dan/atau alat bantuan mobiliti mereka sendiri melalui Pusat Panggilan MH di talian 1-300-88-3000 (dalam Malaysia), +603 7843 3000 (luar Malaysia) atau agensi pelancongan yang dilantik tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh penerbangan bagi membolehkan tempahan anda disediakan.

Tiga jenis bateri utama yang digunakan untuk kerusi roda berkuasa bateri/alat bantuan mobiliti:

Setiap jenis bateri memerlukan prosedur penerimaan dan pemuatan/pemunggahan khusus selaras dengan IATA DGR, Resolusi 7745 IATA dan Amalan yang Disarankan yang terdapat di dalam Manual Persidangan Piawaian Penumpang IATA (PSCM).

Barang yang Dilarang untuk Bagasi Daftar Masuk

Gas termampat. Korosif. Racun. Cecair mudah terbakar. Merkuri. Senjata bahaya. Asid. Ejen pengoksidaan. Bahan letupan. Bahan radioaktif. Bahan magnet. Peluru yang tidak diisytiharkan. Senjata api dan peluru adalah tertakluk pada pengendalian keselamatan mengikut peraturan pihak berkuasa lapangan terbang. Senjata seperti senjata api antik, pedang, pisau dan barang-barang yang seumpamanya boleh dibenarkan sebagai bagasi daftar masuk tertakluk pada peraturan Malaysia Airlines tetapi bukan sebagai bagasi kabin. ‌Barang mudah rosak seperti makanan segar atau beku, stok bunga atau semaian, dan bunga potong dan dedaun adalah dibenarkan tertakluk pada perlaksanaan borang pelepasan. Walau bagaimanapun, disebabkan risiko tumpahan atau kebocoran, makanan laut hanya dibenarkan sebagai bagasi kabin.

Membawa Hidangan Panas Sendiri atau Hidangan Sedia Dimakan ke dalam Pesawat Malaysia Airlines

Semua penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines adalah dilarang untuk membawa sebarang hidangan panas sendiri atau hidangan sedia dimakan. Penumpang atau kru tidak dibenarkan untuk menyimpan makanan tersebut di dalam bagasi kabin atau bagasi daftar masuk. Hidangan Sedia Dimakan atau Hidangan Panas Sendiri adalah termasuk makanan dan minuman yang mengandungi bekas pemanas atau bekas pemanas sendiri, seperti periuk makanan panas segera dan mudah, nasi dan minuman. Bekas seperti ini mengandungi bahan berbahaya seperti bahan penghakis kalsium oksida, serbuk besi, karbon pejal swaterbakar, serbuk magnesium dan serbuk swanyala yang membebaskan gas mudah terbakar apabila bersentuhan dengan air.

Peranti Rokok Elektronik Mudah Alih Berkuasa Bateri

Peranti rokok elektronik mudah alih berkuasa bateri tidak dibenarkan dibawa masuk sebagai bagasi daftar masuk. Untuk kegunaan peribadi. Bateri ganti dilindungi secara individu dalam bungkusan asal atau dengan melindungi terminal. Bateri ganti tidak melebihi kandungan litium 2 gram untuk bateri logam litium atau tidak melebihi penilaian Watt-jam sebanyak 100Wh untuk bateri litium-ion. Setiap bateri untuk peranti memenuhi syarat setiap ujian dalam Manual Ujian dan Kriteria PBB, Bahagian III bahagian kecil 38.3. Di kaunter daftar masuk, notis klasifikasi peranti rokok elektronik sebagai barang berbahaya mesti dipamerkan.

Barangan Mudah Pecah

Tatacara Pengendalian Bagasi daftar masuk tidak boleh mengandungi barang-barang rapuh atau mudah rosak, wang, barang kemas, logam berharga, komputer atau alat elektronik yang lain, barang perak, kertas boleh niaga, sekuriti atau barang berharga yang lain, dokumen perniagaan, pasport dan dokumen atau sampel pengenalan yang lain. ‌Barangan mudah rosak akan diterima sebagai bagasi daftar masuk jika ia dibungkus dengan betul dalam bungkusan penghantaran asal yang ditutup dengan sempurna, tiub kadbod, bekas simpanan, sarung yang khusus untuk menghantar barang tersebut, atau jika ia dibungkus dengan bahan yang mempunyai pelindung dalaman. Barang mudah rosak yang tidak dibungkus dengan betul akan diterima dengan menandatangani borang pelepasan yang melepaskan syarikat penerbangan tersebut dari sebarang tanggungjawab untuk bagasi yang tidak dibungkus dengan betul, bungkusan yang tidak ditutup dengan sempurna, kerosakan pada kandungan, atau kelewatan penghantaran kerana ketidaksesuaian sebagai bagasi daftar masuk dan/atau ketidakcukupan pembungkusan dan bukan kerana kegagalan Malaysia Airlines untuk melaksanakan standard penjagaan biasa.

Bagasi Salah Urus

Kelewatan Bagasi

Sekiranya anda tiba di destinasi tanpa bagasi yang telah didaftar masuk, yakinlah bahawa kami akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkannya semula untuk anda. Sila laporkan kelewatan bagasi anda kepada kami sebaik sahaja tiba di lapangan terbang. Sekiranya anda telah meninggalkan lapangan terbang, laporkan kelewatan bagasi anda dalam masa 24 jam dari waktu kehilangan bagasi tersebut. Sekiranya anda masih berada di lapangan terbang, laporan boleh dilakukan di Pejabat Bagasi semasa ketibaan atau secara dalam talian . Sekiranya anda sudah meninggalkan lapangan terbang, sila hantarkan laporan secara dalam talian. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghantar laporan, sila hubungi kami melalui e-borang di sini . Anda akan menerima pengesahan bertulis nombor laporan kes bagasi anda. Nombor laporan ini diperlukan untuk tujuan penjejakan. ‌Bagasi yang lewat tiba biasanya akan ditemui dalam masa 24 jam dan akan dihantar ke rumah, pejabat atau hotel anda, tertakluk pada peraturan kastam tempatan.

Kerosakan Bagasi

Sekiranya bagasi anda rosak, laporkan semasa ketibaan sebelum meninggalkan terminal ketibaan di Pejabat Perkhidmatan Bagasi kami. Laporan Ketidakteraturan Harta (PIR) akan dikeluarkan. Sekiranya anda mengetahui tentang kerosakan pada bagasi anda setelah anda meninggalkan lapangan terbang, laporan mesti dilakukan selewat-lewatnya tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan bagasi. Anda boleh menghantar laporan secara dalam talian melalui portal Laporan Layan Diri di sini . ​ Pejabat Perkhidmatan Bagasi kami di KUL terletak di Tingkat 3, Kawasan Pengambilan Bagasi, Bangunan Terminal Utama, KLIA dan beroperasi dari jam 0700 hingga jam 2359 (Waktu Tempatan).

Kehilangan Barang

Sekiranya anda tertinggal barang di dalam pesawat dan memerlukan bantuan kami untuk mencari barang tersebut, sila hantarkan laporan anda ke Pejabat Bagasi semasa ketibaan atau secara dalam talian melalui e-borang Lost and Found Property . Pejabat Perkhidmatan Bagasi di KUL terletak di Tingkat 3, Kawasan Pengambilan Bagasi, Bangunan Terminal Utama, KLIA dan beroperasi dari jam 0700 hingga jam 2359 (Waktu Tempatan).

Status Bagasi Salah Urus

Jejaki status pencarian bagasi anda dengan nombor laporan kes di sini . Untuk maklumat lanjut mengenai bagasi salah urus, sila rujuk di sini .

Lebih banyak untuk diterokai

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Tile Image for Baggage