Muafakat demi Umrah: Amal by Malaysia Airlines dan MKM Ticketing Travel & Tours Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Musim Umrah 1446 H

Muafakat demi Umrah: Amal by Malaysia Airlines dan MKM Ticketing Travel & Tours Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Musim Umrah 1446 H

Pada 4 Jun 2024, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Amal by Malaysia Airlines dan MKM Ticketing Travel & Tours, melibatkan 22,000 tempat duduk bagi musim Umrah yang akan datang. Majlis yang diadakan di Kuala Lumpur ini menyaksikan tahun kelima kerjasama antara kedua-dua pihak. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi Amal by Malaysia Airlines, Muhammad Najmi Mansor, dan Ketua Pegawai Eksekutif MKM Ticketing Travel & Tours, Dr. Haji Humaidi Dato' Mat Jahya, disaksikan oleh pihak pengurusan kanan serta kakitangan daripada kedua-dua syarikat. Kerjasama ini diharapkan dapat merangsang pertumbuhan dan membawa manfaat positif kepada sektor Umrah, seterusnya menawarkan layanan Malaysian Hospitality yang terbaik kepada para Jemaah.

Pada 4 Jun 2024, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Amal by Malaysia Airlines dan MKM Ticketing Travel & Tours, melibatkan 22,000 tempat duduk bagi musim Umrah yang akan datang. Majlis yang diadakan di Kuala Lumpur ini menyaksikan tahun kelima kerjasama antara kedua-dua pihak. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi Amal by Malaysia Airlines, Muhammad Najmi Mansor, dan Ketua Pegawai Eksekutif MKM Ticketing Travel & Tours, Dr. Haji Humaidi Dato' Mat Jahya, disaksikan oleh pihak pengurusan kanan serta kakitangan daripada kedua-dua syarikat. Kerjasama ini diharapkan dapat merangsang pertumbuhan dan membawa manfaat positif kepada sektor Umrah, seterusnya menawarkan layanan Malaysian Hospitality yang terbaik kepada para jemaah.