Amal perluas kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) demi pertumbuhan bersama
Amal perluas kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) demi pertumbuhan bersama
Amal telah membuat kunjungan hormat ke JAKIM Putrajaya pada 8 Januari 2024 dan disambut oleh Pengarah Agung JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff. Kerjasama antara Amal dan JAKIM ternyata signifikan kerana kedua-dua organisasi berkongsi matlamat yang jelas dalam menegakkan nilai-nilai keislaman. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memperkukuhkan hubungan yang telah dibina sejak tahun 2018. Kerjasama terdahulu dengan JAKIM adalah berkaitan pengesahan 'Panduan Wudhu Dalam Pesawat', 'Panduan Solat Dalam Pesawat', beberapa kandungan Islam dalam IFE, dan Saranan Nilai Pelanggan Amal. Kerjasama akan datang yang telah dibincangkan termasuk perkara-perkara berkaitan dengan kandungan bagi Platfom Digital Amal dan potensi beberapa projek usaha sama. Semoga kerjasama ini membawa manfaat yang berkekalan kepada negara, sejajar dengan aspirasi Amal untuk menjadi pilihan utama pertama bagi penerbangan Haji dan Umrah.