MHconnect – Kekal dalam talian semasa berada di awan biru dengan Wi-Fi percuma tanpa had di dalam pesawat terpilih  

MHconnect – Kekal dalam talian semasa berada di awan biru dengan Wi-Fi percuma tanpa had di dalam pesawat terpilih  

Amal, sebagai sebuah daripada subsidiari Malaysia Aviation Group, kini menawarkan Wi-Fi percuma tanpa had melalui MHconnect untuk aplikasi pesanan dan media sosial di dalam pesawat terpilih. Penumpang dapat terus berhubung dengan mereka yang tersayang, membaca berita terkini, atau melakukan kerja, semasa penerbangan melalui kemudahan ini tanpa mengira kelas perjalanan. Untuk menyambung kepada rangkaian, penumpang hanya perlu melakukan 3 langkah mudah – mengaktifkan Mod Pesawat pada peranti, menyambungkan rangkaian ke MHconnect, dan mengikuti langkah-langkah seterusnya seperti yang tertera pada skrin dengan mengemukakan alamat emel mereka. Penumpang boleh melayari maklumat lanjut di sini.