31,600 kuota Haji 2023/1444H bagi jemaah Malaysia telah diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi
31,600 kuota Haji 2023/1444H bagi jemaah Malaysia telah diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi
Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah dari Malaysia bagi musim haji tahun 2023/1444H. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato' Setia Dr. Haji. Mohd Na’im Haji Mokhtar, kelulusan itu diberikan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika mesyuarat bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan oleh Kerajaan Arab Saudi dari 9 hingga 12 Januari 2023 yang turut membincangkan aspek persiapan musim haji bagi tahun ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.