Imbasan Biometrik untuk permohonan visa Umrah bagi jemaah Malaysia

Imbasan Biometrik untuk permohonan visa Umrah bagi jemaah Malaysia

Jemaah Umrah dari Malaysia kini dikehendaki menggunakan kaedah imbasan biometrik bagi permohonan visa secara elektronik (e-Visa). Menurut Saudi Press Agency (SPA) pada 4 Disember 2022, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengumumkan bahawa jemaah daripada Malaysia dan empat buah negara lain iaitu Britain, Tunisia, Mesir dan Bangladesh, wajib menyertakan data biometrik mereka termasuk cap jari, wajah dan mata, selain dikehendaki menyertakan salinan pasport melalui aplikasi Saudi Visa Bio. ‌Langkah ini merupakan inisiatif yang dibangunkan oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai salah satu inisiatif dalam memudahkan jemaah Umrah menguruskan perjalanan mereka tanpa perlu hadir ke pejabat kedutaan di negara masing-masing secara fizikal. Saudi Visa Bio boleh dimuat turun daripada: Google Play untuk android Apple Apps Store untuk iPhone