Pilih Tempat Duduk
Pilih Tempat Duduk
Seat Selection Banner
Seat Selection Banner
Pilih Tempat Duduk
true true true true true true true true true true true
Pemesanan anda di malaysiaairlines.com bisa dilihat dan diubah disini. Kami mementingkan privasi anda. Memandangkan penumpang di dalam rujukan tempahan yang sama boleh melihat beberapa data, kami mencadangkan agar anda menggunakan 6 digit kod abjad angka dan nama akhir untuk mendapatkan kembali tempahan anda.
E.g. VJ89KY
Terima kasih atas minat anda untuk menigkatkan kelas kabin anda. Kami perlu memeriksa kelayakan anda terlebih dahulu. Silahkan isi details pemesanan anda untuk untuk memastikan apakah anda memenuhi syarat untuk mengajukan penawaran yang diinginkan. Perlukan maklumat lanjut? Ketahui lebih lanjut tentangĀ MHupgrade.
E.g. VJ89KY
Pilihan tempat duduk Rancang perjalanan anda dengan lebih selesa dengan memilih tempat duduk pilihan sebelum berlepas. Amal menawarkan fleksibiliti untuk anda menentukan lokasi tempat duduk sama ada di tepi tingkap, lorong, atau dengan ruang kaki tambahan, semasa tempahan atau kemudian, melalui fungsi Urus Tempahan ( Manage Booking) , tertakluk kepada ketersediaan. Pemilihan tempat duduk adalah bagi setiap penumpang dan setiap segmen penerbangan, serta hanya disahkan selepas bayaran penuh (jika berkenaan) dibuat. Jika tiada pilihan dibuat, tempat duduk akan ditetapkan secara automatik semasa daftar masuk tanpa jaminan pilihan atau tempat duduk berkumpulan. Ketersediaan dan caj mungkin berbeza mengikut jenis tambang dan keperluan operasi.
Tersedia untuk tempat duduk tingkap, lorong, standard, pintu kecemasan, ruang kaki tambahan. (pesawat A330 dan A350) Tersedia untuk pasaran domestik dan antarabangsa Malaysia. Tidak tersedia untuk penerbangan penghubung MASwings dan penerbangan codeshare. Bayaran tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dipindah milik. Harga yang ditetapkan adakah setara dengan nilai mata wang tempatan untuk semua mata wang asing. Tidak tersedia untuk penumpang keperluan khas, kanak-kanak yang melakukan perjalanan secara bersendirian, tempahan berkumpulan yang melebihi 9 orang, dan tempat duduk kemudahan seperti tempat duduk kanak-kanak atau kerusi bayi. Bayaran pilihan tempat duduk adalah berbeza bergantung pada laluan penerbangan. Malaysia Airlines berhak, tanpa sebarang notis, untuk mengubah, mengeluarkan atau menambah kandungan Terma dan Syarat ini. Penumpang yang melakukan perjalanan di Tempat Duduk Pintu Kecemasan adalah tertakluk pada garis panduan keselamatan penerbangan dengan kriteria berikut: Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun semasa memulakan perjalanan. Kanak-kanak sama ada ditemani atau tidak ditemani oleh orang dewasa tidak dibenarkan sama sekali untuk memilih dan diperuntukkan ke baris ini. Berkeupayaan sepenuhnya dan mampu mengendalikan atau membantu untuk mengendalikan pintu keluar. Orang dengan mobiliti terhad atau kurang upaya, sama ada mendalam atau sebahagian, dan orang yang menggunakan penumpu oksigen mudah alih atau peralatan perubatan yang lain adalah tidak layak kerana mereka boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain. Mampu mengikuti arahan keselamatan. Dalam keadaan sihat semasa daftar masuk, menaiki kapal terbang, dan semasa penerbangan. Tidak membawa bayi atau menggunakan tali pinggang keledar bayi. Tidak hamil. Tidak berada di bawah pengaruh bahan memabukkan semasa daftar masuk, menaiki kapal terbang, dan semasa penerbangan. Tidak memerlukan penambahan tali pinggang keledar disebabkan ukuran badan yang besar. Mampu memahami dan bercakap dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Mampu memahami ilustrasi pada Kad Maklumat Keselamatan. Malaysia Airlines berhak untuk: Menetapkan semula tempat duduk penumpang yang tidak memenuhi sebarang kriteria keselamatan di atas. Bayaran yang dibayar tidak boleh dikembalikan kecuali untuk perjalanan yang berasal dari India yang tertakluk pada Dasar Penerbangan Awam Nasional 2016. Menyekat tempat duduk terpilih. Mengubah tempat duduk atas sebab tujuan operasi atau keselamatan, walaupun setelah menaiki pesawat. Tempat duduk berbayar tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dipindah milik. Tertakluk pada Terma dan Syarat.
Pilih Tempat Duduk Anda Sekarang