Bagasi Tambahan
Bagasi Tambahan
Extra Baggage Banner
Extra Baggage Banner
Bagasi Tambahan
Nikmati kemudahan prapembelian bagasi tambahan Nikmati penjimatan 20% apabila anda membuat prampembelian bagasi tambahan secara dalam talian melalui Urus Tempahan atau melalui pusan panggilan kami. Perkhidmatan ini tersedia sehingga 24 jam sebelum waktu pesawat anda dijadualkan berlepas. Perkhidmatan ini tersedia sehingga 24 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. Terma dan Syarat: Bagasi tambahan hanya tersedia untuk penerbangan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines. Tidak sah untuk penerbangan MASwings. Bagasi tambahan adalah tidak sah untuk penerbangan antara talian dan codeshare. Bagasi tambahan yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan. Untuk perubahan sukarela, bagasi tambahan akan dibawa ke hadapan tertakluk pada syarat-syarat berikut: Perubahan dilakukan pada rujukan tempahan yang sama (PNR). Penerbangan adalah dari tempat asal dan destinasi yang sama. Penerbangan dikendalikan oleh Malaysia Airlines. Tiada perubahan pada maklumat penumpang. Tertakluk pada ketersediaan ruang di dalam pesawat. (Sebagai contoh, bagasi tambahan yang dibeli untuk Mr. ABC bagi MH4 pada 15 Disember 2018, 0900 sah untuk Mr. ABC bagi MH2 pada 20 Disember 2018, 2330, penerbangan yang mempunyai tempat berlepas asal dan destinasi yang sama tetapi tarikh dan masa yang berbeza) Perubahan sukarela untuk bagasi tambahan hanya boleh dilakukan melalui pejabat tiket dan pusat panggilan Malaysia Airlines. Bagasi tambahan tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar antara penumpang. (Sebagai contoh, bagasi tambahan yang dibeli untuk Mr. ABC bagi penerbangan MH4 pada 14 September 2017, 0950 adalah tidak sah untuk Mr. XYZ bagi tarikh dan masa penerbangan yang sama atau tarikh dan masa penerbangan yang berbeza). Sekiranya berat bagasi penumpang melebihi jumlah elaun bagasi percuma dan bagasi tambahan yang dibeli, berat bagasi tambahan akan dikenakan caj mengikut kadar bagasi berlebihan biasa di kaunter daftar masuk. Berat yang tidak digunakan dari bagasi tambahan yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan, dipindah milik, atau ditukar dalam apa bentuk sekalipun. (Sebagai contoh, bagasi tambahan yang dibeli = 5kg, elaun bagasi percuma = 20kg - sekiranya jumlah bagasi penumpang mencapai 23kg, baki 2kg akan terlucut) Rujuk di sini untuk maklumat terkini mengenai elaun bagasi percuma kami. Malaysia Airlines berhak, dengan atau tanpa notis, untuk mengubah kadar, terma, dan syarat yang berkaitan dengan produk bagasi tambahan. Bagasi yang merupakan sebahagian daripada bagasi tambahan yang dibeli boleh dikeluarkan dari pesawat atas sebab keselamatan. Sekiranya ini berlaku, bayaran pembelian untuk bagasi tambahan yang terjejas akan dikembalikan. Syarat Umum Pengangkutan Malaysia Airlines untuk Penumpang dan Bagasi merupakan bahagian yang melengkapkan syarat-syarat yang terkandung di sini. Sila rujuk Dasar Bagasi di sini .
Ketahui lebih lanjut