Sejarah Haji
Sejarah Haji
Sejarah Haji
Sejarah Haji
Sejarah Ringkas Ibadah Haji Nabi Ibrahim AS merupakan nabi yang pertama diperintahkan oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadah Haji. Walau bagaimanapun, ibadah Haji yang diajar oleh Nabi Ibrahim AS mula tersimpang jauh akibat amalan-amalan bercanggah yang dilakukan oleh sebahagian umat yang seterusnya. Disebabkan ini, Allah SWT kemudian memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan ajaran-ajarannya dan menyempurnakan semula ibadah tersebut. Ibadah Haji diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah. Antara dalil Al-Quran yang menyebut tentang kewajipan Haji adalah seperti yang terkandung di dalam ayat 97, Surah Ali-Imran. وَلِلّٰهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ اِلَيْهِ سَبِيْلً Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Ayat 97, Surah Ali-Imran) Nabi Muhammad SAW menunaikan ibadah Haji pada tahun ke-10 Hijrah, 3 bulan sebelum wafat. Ibadah Haji yang dilaksanakan oleh Baginda disebut sebagai Haji Wada’ atau “Haji Perpisahan” memandangkan ia merupakan ibadah Haji pertama dan terakhir yang ditunaikan oleh Baginda Rasulullah SAW.
Pengenalan Haji
Haji merupakan Rukun Islam ke-5 yang wajib dilakukan oleh umat Islam yang berkemampuan. Haji dari segi bahasa bermaksud menziarahi tempat tertentu dalam waktu yang lama untuk menunaikan kewajipan agama. Dari segi syarak, Haji bermaksud mengunjungi Baitullah di dalam bulan Haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu mengikut syarat-syarat tertentu. Terdapat 3 cara untuk mengerjakan ibadah Haji iaitu Haji Ifrad, Haji Qiran dan Haji Tamattu’.
Rukun Haji Rukun Haji adalah amalan yang mesti dilakukan dan ibadah Haji dikira tidak sah jika ia tidak disempurnakan.
Ihram Haji Wuquf di Arafah Tawaf Haji Saie Haji Bercukur (bergunting) Tertib pada kebanyakan Rukun Haji
Wajib Haji Wajib Haji adalah amalan yang wajib dilakukan dan sekiranya salah satu daripadanya ditinggalkan, Haji tetap sah tetapi dikenakan Dam.
Niat Ihram di Miqat Meninggalkan perkara-perkara larangan Ihram Bermabit (Bermalam) di Muzdalifah Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah Bermabit (Bermalam) di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Dam Dam adalah denda yang dikenakan ke atas jemaah yang melanggar larangan Ihram dan amalan-amalan Wajib Haji. Untuk jemaah yang tidak melaksanakan amalan-amalan Wajib Haji, Dam Tertib dan Taqdir dikenakan iaitu dengan cara menyembelih seekor kambing atau 1/7 bahagian lembu atau unta; atau jika tidak mampu, berpuasa selama 3 hari semasa berihram dan 7 hari setelah pulang; atau jika tidak mampu, memberi sedekah sebanyak 10 cupak makanan.
Miqat Miqat adalah sempadan tempat (Miqat Makani) dan sempadan masa (Miqat Zamani) di mana jemaah perlu berniat Ihram untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah. Miqat Makani terdiri dari 5 lokasi iaitu Bir Ali, Zartun Iraqi, Qarnul Manazil, Yalamlam dan Al-Juhfah. Miqat Makani untuk jemaah dari Malaysia yang menaiki pesawat adalah Qarnul Manazil dan Miqat Makani untuk jemaah dari Madinah adalah Bir Ali. Miqat Zamani untuk ibadah Haji adalah dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah. Niat Ihram Haji adalah tidak sah jika dilakukan di luar tempoh tersebut.
Syarat untuk mengerjakan Haji Beserta dengan enam rukun Haji dan wajib Haji, terdapat lima syarat yang wajib ditepati untuk mengerjakan ibadah Haji
Wajib beragama Islam Baligh Berakal Merdeka Istito’ah atau berkemampuan Untuk jemaah perempuan, terdapat dua syarat tambahan: Mendapat izin wali atau bapa bagi yang bujang; atau suami bagi yang sudah berkahwin. Ditemani seorang perempuan yang dipercayai bagi yang bujang; atau suami atau mahram bagi yang sudah berkahwin.
Lebih banyak untuk diterokai
Terokai sekarang
Terokai sekarang
Terokai sekarang