Haji Qiran

Haji Qiran

Haji Qiran

Panduan

Haji Qiran adalah di mana jemaah mengerjakan Haji dan Umrah secara serentak. Terdapat 2 cara untuk melakukan Haji Qiran iaitu: 1. Berniat untuk mengerjakan Haji dan Umrah serentak di dalam bulan Haji dan melaksanakan semua amalan Haji. Umrah dikira selesai setelah lengkap menunaikan Haji; atau 2. Berniat untuk mengerjakan Umrah sahaja dan sebelum Tawaf, berniat untuk mengerjakan Haji dan melaksanakan semua amalan Haji. Kaedah ini boleh digunakan, contohnya apabila seorang wanita didatangi haid selepas berniat menunaikan Umrah. Jemaah yang mengerjakan ibadah Haji dengan Niat Ihram untuk Haji Qiran dikenakan Dam Tertib dan Taqdir iaitu dengan cara menyembelih seekor kambing atau 1/7 bahagian lembu atau unta; atau jika tidak mampu, berpuasa selama 3 hari semasa berihram dan 7 hari setelah pulang; atau jika tidak mampu, memberi sedekah sebanyak 10 cupak makanan. Niat Ihram untuk Haji Qiran نَوَيْتُ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهِمَا لِلَّهِ تَعَالَى “Sahaja aku mengerjakan Haji dan Umrah dan aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah Taala”

Ihram Berniat di Miqat setelah berpakaian Ihram dan mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara larangan Ihram. Jemaah Haji yang menunaikan Haji Qiran hendaklah menunaikan Tawaf Qudum (Tawaf yang dilakukan setelah sampai di kota Makkah) ketika memasuki Masjid al-Haram.

Ihram adalah keadaan seseorang yang berniat untuk mengerjakan ibadah Haji atau Umrah. Ihram dilaksanakan dengan melafazkan niat di Miqat setelah berpakaian Ihram dan mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara larangan Ihram. 1. Amalan sunat sebelum melafazkan niat Ihram: Membersih dan menyucikan diri dengan memotong kuku Merapikan misai dan janggut Menanggalkan bulu ketiak dan ari-ari Memakai wangian Memakai minyak rambut Mandi sunat Ihram Mengambil Wuduk Melakukan solat sunat Ihram 2. Memakai pakaian Ihram: Untuk lelaki, 2 helai kain yang tidak berjahit yang disunatkan berwarna putih – sehelai untuk menutup aurat di antara pusat dan lutut, sehelai sebagai selendang untuk bahagian atas badan dan selipar atau sandal yang menampakkan kelima-lima jari kaki Untuk perempuan, tiada pakaian khusus – mesti menutup aurat tetapi tidak menutup muka dan kedua-dua pergelangan tangan 3. Niat Ihram: Melafazkan niat Ihram di Miqat setelah berpakaian Ihram dan mula mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara larangan Ihram Sunat untuk berada di dalam keadaan Wuduk dan menghadap Kiblat Jemaah yang tidak berihram di Miqat dikenakan Dam Tertib dan Taqdir iaitu dengan cara menyembelih seekor kambing atau 1/7 bahagian lembu atau unta; atau jika tidak mampu, berpuasa selama 3 hari semasa berihram dan 7 hari setelah pulang; atau jika tidak mampu, memberi sedekah sebanyak 10 cupak makanan 4. Amalan sunat setelah berihram: Bertalbiah Berdoa Berzikir Membaca ayat-ayat Al-Quran and mengelakkan diri dari berbual kosong

Saie Saie merupakan salah satu rukun Haji yang dilakukan sebanyak tujuh kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa’ dan berakhir di Bukit Marwah. Bagi Haji Qiran, Saie boleh dilakukan sama ada selepas Tawaf al-Qudum (sebelum Wuquf) atau selepas Tawaf al-Ifadah (selepas Wuquf pada 10 Zulhijjah, sebagai ibadah wajib terakhir di Makkah).

Langkah-langkah Saie Dilakukan selepas selesai Tawaf Rukun (atau Tawaf Qudum bagi jemaah yang melakukan Haji Ifrad atau Haji Qiran) Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah Perjalanan dari Bukit Safa ke Bukut Marwah dikira sebagai satu pusingan dan perjalanan dari Bukit Marwah kembali ke Bukit Safa dikira sebagai pusingan seterusnya Dilakukan sehingga lengkap 7 kali Setiap perjalanan perlu sampai ke penghujung tempat Saie iaitu di kaki Bukit Safa dan kaki bukit Marwah Dilakukan di dalam batasan yang ditetapkan Dilakukan dengan niat untuk beribadah dan bukan sebarang tujuan lain Amalan-amalan sunat Saie Dilakukan dalam keadaan berwuduk Masuk ke tempat Saie melalui laluan ke Bukit Safa Mendaki Bukit Safa dan Bukit Marwah sehingga ke batu-batu bukit bagi jemaah lelaki Menghadap Ka’bah apabila sampai di Bukit Safa dan Bukit Marwah sambil melambai kedua-dua tangan dan bertakbir Berdoa dan berzikir sepanjang melakukan Saie Beridtiba’ pada setiap pusingan bagi jemaah lelaki Berlari-lari kecil atau Ramal di kawasan yang tertanda dengan lampu hijau bagi jemaah lelaki

Wuquf Wuquf adalah rukun Haji di mana jemaah berada di Arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan (duduk, baring atau tidur) bermula dari gelincir matahari (masuk waktu Zuhur) pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar (masuk waktu subuh) pada 10 Zulhijjah.

Waktu Wuquf Waktu Wuquf bermula dari waktu tergelincir matahari atau ketika masuknya waktu Zohor pada 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar, atau ketika masuknya waktu Subuh, 10 Zulhijjah. Langkah-langkah Wuquf: Berihram dengan niat Haji Berada di dalam keadaan yang layak untuk menunaikan ibadat iaitu tidak gila, pengsan, mabuk atau hilang akal sepanjang melakukan Wuquf Berada di Padang Arafah walau seketika semasa waktu Wuquf Amalan-amalan sunat Wuquf: Berwuquf dari siang hingga ke malam iaitu dari tergelincir matahari sehingga tenggelam matahari Berwuquf sambil menghadap arah Kiblat Bertalbiah Mendirikan solat Zohor dan Asar secara jamak di Masjid Ibrahim (disebut juga Masjid Namirah atau Masjid Arafah) yang merupakan amalan Rasulullah SAW. Solat Zohor dan Asar digabungkan dengan 1 Azan, 2 kali Iqamah dan 2 rakaat setiap satu Memperbanyakkan selawat, istighfar, zikir dan doa kerana Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah Meninggalkan Padang Arafah selepas waktu Maghrib dan menuju ke Muzdalifah

Bermabit di Muzdalifah Bermabit di Muzdalifah bermaksud berada di Muzdalifah walaupun seketika sehingga melebihi separuh malam 10 Zulhijjah dan sebelum terbit fajar hari tersebut.

Amalan-amalan sunat bermabit di Muzdalifah: Bertalbiah Memperbanyakkan zikir dan doa Mengumpul batu-batu kecil untuk di bawa ke Mina. Sunat untuk mengutip sebanyak 7 biji batu-batu kecil untuk kali pertama dan harus untuk mengutip terus sebanyak 70 biji Mendirikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak. Jika telah melakukan kedua-dua solat tersebut di Arafah, sunat bagi jemaah untuk melakukan solat sunat di sini Bermabit di muzdalifah sehingga fajar Mula bertolak ke Mina selepas solat fajar dan sebelum matahari terbit Bergerak dengan tenang dan tidak tergopoh gapah Pengecualian bermabit di Muzdalifah jika uzur Jemaah yang meninggalkan amalan bermabit di Muzdalifah dikenakan Dam Tertib dan Taqdir kecuali jika: Takut terhadap ancaman ke atas keselamatan diri atau harta Perlu menjaga atau menemani orang yang sakit Perlu mencari pekerja atau ahli keluarga yang hilang Berpenyakit dan sukar bermalam Terpaksa seperti ditinggalkan kenderaan

Melontar Jamrah Kubra Melontar Jamrah Kubra di Mina bermula pada tengah malam 10 Zulhijjah iaitu Hari Nahar sehingga sebelum terbenam matahari 13 Zulhijjah. ‌Waktu afdal bagi melontar Jamrah Kubra adalah pada waktu Dhuha 10 Zulhijjah.

Langkah-langkah melontar Jamrah Kubra: Dilakukan setelah masuk waktu melontar Melontar dengan batu atau yang jenisnya Melontar dengan tangan Melontar dengan gaya melontar Melontar satu demi satu Yakin bahawa batu yang dilontar masuk ke Jamrah Sempurna melontar 7 biji batu dengan yakin Dilakukan dengan niat untuk beribadah dan bukan sebarang tujuan lain Sunat-sunat Melontar: Melontar selepas terbit matahari Melaksanakan lontaran sejurus sampai ke Mina

Bercukur atau Bergunting Rambut Bercukur atau bergunting adalah rukun Haji yang ke-5. Amalan ini menghasilkan Tahallul yang menamatkan larangan Ihram.

Tahallul Haji terbahagi kepada dua, iaitu: Tahallul Awwal : Bercukur atau bergunting selepas melontar di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah. Larangan Ihram dihalalkan kecuali bernikah dan perkara berkaitan dengan nikah; pendahuluan persetubuhan; dan bersetubuh Tahallul Thani : Selepas lengkap melontar di Jamrah Kubra; Tawaf Rukun (Tawaf Ifadhah) dan Saie; dan bercukur atau bergunting. Semua larangan Ihram dihalalkan dengan Tahallul Thani Langkah-langkah bercukur atau bergunting: Dilakukan selepas separuh malam 10 Zulhijjah bagi jemaah yang mengerjakan ibadah Haji Menanggalkan atau menghilangkan rambut di kepala Menanggalkan atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut

Bermabit di Mina Bermabit di Mina bermaksud berada di Mina pada malam Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah untuk tempoh lebih daripada separuh waktu malam. Jemaah boleh bermabit di Mina selama 2 malam pada 11 dan 12 Zulhijjah yang dinamakan Nafar Awwal; atau bermabit selama 3 malam pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah yang dinamakan Nafar Thani.

Tempoh bermabit di Mina Pendapat muktamad adalah tempoh bermabit di Mina adalah berada di Mina lebih daripada separuh waktu malam. Terdapat pendapat yang lemah yang menyatakan adalah memadai sekadar berada di Mina ketika masuk waktu Subuh tetapi ini tidak digalakkan dan hanya untuk keadaan tertentu. Pengecualian bermabit di Mina jika uzur Jemaah yang meninggalkan amalan bermabit di Mina dikenakan Dam Tertib dan Taqdir kecuali jika: Takut terhadap ancaman ke atas keselamatan diri atau harta Perlu menjaga atau menemani orang yang sakit Perlu mencari pekerja atau ahli keluarga yang hilang Berpenyakit dan sukar bermalam Terpaksa seperti ditinggalkan kenderaan

Melontar Ketiga-tiga Jamrah Melontar Jamratul Sughra, Jamratul Wusta dan Jamratul Kubra pada Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Langkah-langkah melontar ketiga-tiga Jamrah: Dilakukan setelah masuk waktu melontar Dilakukan dengan tertib bermula dengan Jamratul Sughra, diikuti dengan Jamratul Wista, dan diakhiri dengan Jamratul Kubra Melontar dengan batu atau yang sejenis dengannya Melontar dengan tangan Melontar dengan gaya melontar Melontar satu demi satu Yakin bahawa batu yang dilontar masuk ke Jamrah Sempurna melontar 7 biji batu untuk setiap Jamrah dengan yakin Dilakukan dengan niat untuk beribadah dan bukan sebarang tujuan lain Nafar Awwal Nafar Awwal adalah apabila jemaah meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah tanpa bermabit dan melontar pada 13 Zulhijjah. Syarat-syarat Nafar Awal adalah jemaah telah bermalam di Mina dengan sempurna pada malam 11 dan 12 Zulhijjah; melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah; meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari, atau waktu Maghrib, 12 Zulhijjah; dan tidak akan Kembali ke Mina untuk bermabit. Nafar Thani Nafar Thani adalah apabila jemaah bermabit pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah serta melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah sebelum meninggalkan Mina.

Tawaf Tawaf adalah ibadah mengelilingi Ka’bah sebanyak tujuh kali berlawanan arah jam, bermula dari sudut Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama.

Jenis-jenis Tawaf Tawaf Qudum iaitu Tawaf sunat yang dilakukan ketika pertama kali memasuki Makkah Tawaf Ifadah iaitu Tawaf wajib dan merupakan rukun Haji Tawaf Wada’ iaitu Tawaf wajib Haji yang dilakukan sebelum meninggalkan Makkah Tawaf Umrah iaitu Tawaf yang dilakukan ketika mengerjakan ibadah Umrah Tawaf Sunat iaitu Tawaf yang boleh dilakukan pada bila-bila masa Langkah-langkah Tawaf Menutup aurat dan berwuduk terlebih dahulu sebelum memasuki Masjidil Haram Suci dari hadas besar dan kecil Badan, pakaian dan tempat Tawaf bersih dari najis Baitullah berada di sebelah kiri Melakukan 7 pusingan bermula dari Sudut Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama Dilakukan di dalam Masjidil Haram dan di luar Hijir Ismail dan dinding Ka’bah Dilakukan dengan niat untuk beribadah dan bukan sebarang tujuan lain Amalan-amalan sunat Tawaf Beridtiba’ bagi jemaah lelaki iaitu menampakkan bahu kanan dengan meletakkan bahagian tengah kain selendang di bawah ketiak kanan Mulakan Tawaf dengan Istilam iaitu mencium atau mengusap Hajarul Aswad atau jika terlalu jauh, memberi isyarat dengan tangan Apabila tiba di Rukun Yamani, lakukan Istilam dengan mengusapnya atau jika terlalu jauh, beri isyarat dengan tangan Berlari-lari kecil atau Ramal pada 3 pusingan pertama Berdoa pada tiap-tiap pusingan Setelah selesai 7 pusingan, dirikan Solat Sunat Tawaf 2 rakaat di Maqam Ibrahim Kemudian minum air Zamzam sambil berehat dan berdoa Berdoa di Multazam Jika ingin terus mengerjakan Saie, lakukan Istilam buat kali terakhir

Tertib pada Kebanyakan ‌Rukun Rukun Haji perlu dikerjakan dengan tertib mengikut susunan dan giliran yang betul.

Lebih banyak untuk diterokai

Terokai sekarang

Terokai sekarang