Panduan Mengerjakan Haji

Panduan Mengerjakan Haji

Panduan Mengerjakan Haji

Panduan Haji

Senarai panduan untuk Haji Ifrad, Haji Qiran dan Haji Tamattu'

Haji Ifrad Haji Ifrad adalah di mana jemaah mengerjakan Haji sahaja di dalam bulan Haji dan kemudian mengerjakan Umrah setelah selesai amalan Haji. Melalui cara ini, ibadah Haji dan Umrah dilakukan secara berasingan.

Terokai lagi

Haji Qiran Haji Qiran adalah di mana jemaah mengerjakan Haji dan Umrah secara serentak

Terokai lagi

Haji Tamattu' Haji Tammatu’ adalah di mana jemaah mengerjakan Umrah dahulu dalam bulan Haji dan kemudian diikuti dengan ibadah Haji pada tahun yang sama. Melalui cara ini, jemaah berniat Ihram untuk melaksanakan ibadah Umrah sahaja dan setelah bertahallul dari Ihram Umrah tersebut, jemaah seterusnya berniat Ihram untuk Haji.

Terokai lagi

Larangan Ihram

Perkara dan perbuatan yang dilarang semasa berihram

Taraffuh Larangan ke atas perbuatan bersuka, berseronok atau berhias. Menutup kepala bagi lelaki Pakaian bersarung bagi lelaki Menutup muka bagi perempuan Memakai sarung tangan Memakai bau-bauan Memakai minyak di kepala atau janggut Melakukan pendahuluan persetubuhan Bersetubuh Bernikah Itlaf Larangan ke atas perbuatan menggugur, menghilangkan, merosak atau membinasa. Memotong atau menggugurkan rambut atau bulu di badan Memotong kuku Memburu dan membunuh binatang Menebang, mencabut pokok atau tumbuh-tumbuhan Denda ke atas perbuatan melanggar larangan Ihram Dam Takhyir dan Taqdir dikenakan ke atas jemaah yang melanggar larangan Ihram iaitu dengan cara menyembelih seekor kambing; atau bersedekah kepada 6 orang miskin sebanyak 2 cupak makanan setiap orang; atau berpuasa selama 3 hari Jika melakukan persetubuhan sebelum Tahallul Awal atau sebelum selesai Umrah, ibadah Haji dikira terbatal. Baki ibadat yang belum terlaksana wajib diselesaikan, Haji Qadha’ perlu dilakukan sebagai ganti pada tahun berikutnya. Suami turut dikenakan Dam Tertib dan Ta’dil iaitu dengan cara menyembelih seekor unta; atau lembu; atau 7 ekor kambing; atau memberi sedekah makanan dengan nilai seekor unta; atau berpuasa untuk jumlah hari mengikut bilangan cupak makanan dengan nilai seekor unta Jika melakukan persetubuhan selepas Tahallul Awal tetapi sebelum Tahallul Thani, ibadah Haji tidak terbatal tetapi suami dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir Jika memburu dan membunuh binatang semasa berihram di Tanah Haram atau Tanah Halal semasa berihram; memburu dan membunuh binatang di Tanah Haram semasa tidak berihram; memotong, menebang atau mencabut pokok di Tanah Haram, Dam Takhyir dan Ta’dil dikenakan iaitu dengan cara menyembelih binatang yang sama nilainya dengan harga binatang yang diburu atau pokok yang ditebang; atau memberi sedekah mengikut nilai binatang yang diburu atau pokok yang ditebang; atau berpuasa untuk sejumlah hari mengikut bilangan cupak makanan yang sama nilainya dengan harga binatang yang diburu atau pokok yang ditebang Jika berkahwin atau mengahwinkan semasa berihram, Dam tidak dikenakan tetapi nikah tersebut dikira tidak sah

Tatacara Pelaksanaan Haji

Tatacara Pelaksanaan Haji

1. Ihram Melakukan amalan sunat sebelum berihram Memakai pakaian Ihram Melafazkan niat Ihram di Miqat Miqat Mengelakkan dari perkara-perkara larangan Ihram Melakukan amalan sunat setelah berihram 2. Wuquf di Padang Arafah Wukuf setelah tergelincir matahari pada 9 Zulhijjah (Hari Arafah) 3. Bermabit di Muzdalifah Bermabit sebahagian malam 10 Zulhijjah Mengumpul batu-batu kecil untuk melontar di Mina 4. Melontar Jamrah Kubra Melontar mulai tengah malam pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar) Melontar 7 biji batu satu demi satu dengan yakin 5. Bercukur atau bergunting Dilakukan selepas separuh malam 10 Zulhijjah Tahallul Awwal yang menghalalkan larangan Ihram kecuali bernikah, pendahuluan persetubuhan dan bersetubuh 6. Bermabit di Mina Bermabit di Mina pada malam Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) 7. Melontar ketiga-tiga Jamrah Melontar Jamratul Sughra, Jamratul Wusta dan Jamratul Kubra pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah Melontar 7 biji batu satu demi satu untuk setiap Jamrah 8. Tawaf Menutup aurat dan berwuduk sebelum memasuki Masjidil Haram Suci dari hadas dan bersih dari najis Melakukan 7 pusingan bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad Berehat dan minum air Zamzam setelah selesai Berdoa di Multazam 9. Saie Dilakukan selepas Tawaf Rukun atau Tawaf Qudum bagi Haji Ifrad atau Haji Qiran Melakukan 7 pusingan bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah 10. Tertib pada kebanyakan rukun Rukun Haji dikerjakan mengikut tertib susunan dan giliran yang betul

Lebih banyak untuk diterokai

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Terokai sekarang