Pengalaman Amal

Pengalaman Amal

Amal experience

Amal experience

Pengalaman Amal

Kenali Kru Kabin Kami Kru istimewa untuk perjalanan yang bermakna

true true true

Kru Kabin Wanita

Male cabin crew

In-flight supervisor

Sesuai dengan prinsip agama Islam dan fokus Amal by Malaysia Airlines untuk memberikan pengalaman Haji dan Umrah yang terbaik kepada penumpang kami, kami memastikan bahawa semua kru kabin kami telah dilatih dan memiliki kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan tawaran nilai pelanggan Amal by Malaysia Airlines dengan sempurna. ‌ Anggota kru wanita kami memakai hijab dan mengenakan pakaian yang bukan sahaja berbeza dengan pakaian kru penerbangan komersial Malaysia Airlines tetapi juga yang sesuai dari segi nilai estetik dengan tema penerbangan Haji dan Umrah Amal by Malaysia Airlines. ‌ Setiap anggota kru kami telah mengikuti kursus Haji dan Umrah untuk membolehkan mereka mendalami serta memberi penumpang maklumat mengenai perjalanan ke Tanah Suci. Anggota kru kami juga sudah dilatih untuk menyampaikan azan dan mengimamkan solat di dalam pesawat. Kru kabin kami juga telah dilatih untuk membantu penumpang-penumpang yang berusia serta mereka yang kurang upaya, di samping mampu untuk memberikan bantuan asas perubatan di dalam pesawat.

Pesawat Kami - Nikmati kemudahan dan keselesaan penerbangan Terbang tinggi bersama kami Amal by Malaysia Airlines akan mengendalikan pesawat Airbus A330-200 dan A330-300 untuk penerbangan ke Jeddah dan Madinah, manakala pesawat bagi sektor Malaysia Airlines yang lain akan dikendalikan dengan pesawat Airbus A330-200, A330-300, A350-900 serta Boeing B737-800 dan B737-800 NG. Pesawat A330-200, A330-300, B737-800 dan B737-800 NG menawarkan dua (2) kelas kabin: Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi; manakala A350-900 menawarkan 3 kelas kabin: Suite Perniagaan, Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi.

A350-900 Airbus A350-900 adalah model A350 yang pertama dan juga kapal terbang Airbus pertama yang sebahagian besarnya diperbuat daripada polimer bertetulang gentian karbon. Pesawat A350-900 boleh membawa 286 penumpang dan mampu terbang 18,000 km berterusan.

A330-300 Airbus A330-300 adalah pesawat enjin berkembar Airbus yang dikuasakan oleh pilihan enjin General Electric CF6, Pratt & Whitney PW4000, atau Rolls-Royce Trent 700. Pesawat A330-300 mempunyai jarak penerbangan sejauh 11,750 km dan boleh membawa 290 penumpang.

A330-200 Airbus A330-200 adalah jet penumpang enjin berkembar yang mempunyai konfigurasi tiga kelas dan boleh membawa 287 penumpang. Pesawat ini mampu terbang sejauh 13,450 km dan berukuran 4.84 meter lebih pendek daripada pesawat A330-300. (63.66 m).

B737-800 Boeing 737-800 adalah pesawat berbadan sempit yang paling banyak digunakan dari keluarga Next-Generation 737. Kapal terbang ini adalah versi pesawat 737-700 yang lebih panjang dan menggantikan pesawat 737-400. Pesawat 737-800 boleh membawa 160 - 166 penumpang dalam konfigurasi dua kelas dan mempunyai jarak penerbangan maksimum sejauh 6,570 km.

B737-800 NG Boeing 737-800 NG ialah pesawat terkini dalam senarai pesawat kami. Pengurangan berat pesawat menyumbang kepada sebahagian besar komitmen kami untuk kekal lestari dengan penggunaan bahan api yang rendah bagi setiap pesawat, sekaligus mengurangkan jejak karbon di bumi. Pengalaman hiburan dalam pesawat telah berubah daripada sandaran tempat duduk kepada peranti peribadi, serta rekaan tempat duduk baharunya lebih ringan dan kemas. Pesawat B737-800 NG boleh membawa 174 penumpang dalam konfigurasi dua kelas.

Lebih banyak untuk diterokai

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Amal experience