Malaysia Aviation Group
Malaysia Aviation Group
Malaysia Aviation Group
Malaysia Aviation Group
Malaysia Aviation Group
Malaysia Aviation Group
Malaysia Aviation Group (MAG) ialah organisasi penerbangan global yang terdiri daripada tiga portfolio perniagaan tertumpu iaitu Syarikat Penerbangan, Penyelesaian Perjalanan dan Kesetiaan, serta Perkhidmatan Penerbangan. Portfolio semasa perniagaan Syarikat Penerbangannya yang melibatkan pasaran global, domestik dan bersegmen adalah terdiri daripada Malaysia Airlines – syarikat penerbangan nasional negara, Firefly dan Amal by Malaysia Airlines – peneraju pusat penyelesaian sehenti bagi penerbangan Umrah dan Haji. MAG juga memberi tumpuan kepada Perkhidmatan Penerbangan seperti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, kargo, pengendalian darat dan latihan yang menempatkan Kejuruteraan MAB, MASKargo – pembekal perkhidmatan sehenti logistik kargo dan operasi terminal, Perkhidmatan Aerodarat – penyelesaian sehenti pengendalian darat, dan Akademi MAB – Pusat Sehenti Kecemerlangan Penerbangan dan Hospitaliti. Portfolio Penyelesaian Perjalanan dan Kesetiaan memberi tumpuan kepada penyediaan penyelesaian perjalanan menyeluruh dan program kesetiaan, melengkapkan kekuatan dan kepakarannya yang kukuh dalam industri sistem penerbangan dan perkhidmatan penerbangan. Ia terdiri daripada Journify - platform digital perjalanan sehenti dan gaya hidup bersepadu, Enrich - Program Kesetiaan Perjalanan & Gaya Hidup Malaysia Airlines yang diiktiraf; serta MHholidays and Firefly Holidays – cabang operasi pelancongan untuk Kumpulan. Dengan portfolio perniagaan yang jelas, MAG bersedia untuk mencapai visinya yang berpaksikan kepada hasrat untuk menjadi Kumpulan Perkhidmatan Perjalanan dan Penerbangan Terkemuka Asia, dengan tumpuan kepada penyediaan penyelesaian perjalanan yang disesuaikan dan menyeluruh menjelang 2023.
Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan nasional Malaysia yang menyediakan perkhidmatan premium dan menawarkan perjalanan yang lancar dengan rangkaian unggul ke 1,000 destinasi merentasi 150 lebih negara. Malaysia Airlines adalah lambang kepelbagaian Malaysia yang unik, menzahirkan tradisi, budaya dan masakannya yang kaya melalui ‘Malaysian Hospitality’ yang tiada tandingannya di semua titik sentuh pelanggan. Syarikat: Malaysia Airlines Berhad Tarikh penubuhan: 7 November 2014
Firefly menghubungkan pelbagai lokasi di Malaysia, Selatan Thailand, Singapura dan Sumatera, Indonesia. Beroperasi dari hab Pulau Pinang dan Subang, syarikat penerbangan ini bermatlamat untuk mendekatkan jalinan sesama komuniti dengan merentasi batas geografi melalui rangkaian destinasi penerbangannya. Syarikat : Flyfirefly Sdn Bhd Tarikh penubuhan : 3 April 2007
MASwings , atau Nadi Borneo, ialah syarikat penerbangan komuter pertama yang memenuhi keperluan penduduk di Sabah dan Sarawak, di samping menawarkan tambang yang berpatutan serta jadual dan sambungan perjalanan yang mudah. MASwings berhasrat untuk meneruskan peranannya sebagai penyedia perkhidmatan penerbangan luar bandar yang selamat dan boleh dipercayai di Sabah dan Sarawak di samping memastikan kesinambungan operasi untuk jangka panjang. Sebagai anak syarikat Malaysia Aviation Group, MASwings bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk kesalinghubungan global yang lebih baik. Syarika t: MASwings Sdn Bhd Tarikh penubuhan : 17 Mei 2007
MASKargo , cabang perniagaan kargo Malaysia Aviation Group, menyediakan perkhidmatan berjadual dan sewa khas kargo udara serta perkhidmatan gudang, logistik kargo dan terminal kargo. Ia juga menyediakan penghantaran melalui perkhidmatan pengangkutan barang dan kapasiti ruang kargo Malaysia Airlines. Syarikat : MAB Kargo Sdn Bhd Tarikh penubuhan : 17 September 2015
AeroDarat menyediakan perkhidmatan pengendalian darat termasuk perkhidmatan ramp dan kargo, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 15 lapangan terbang lain di seluruh Malaysia. AeroDarat berbangga kerana mampu memberikan perkhidmatan pengendalian darat yang efisien dan efektif kepada penumpang, pesawat dan lain-lain penyedia perkhidmatan berkaitan penerbangan. Melalui pengalaman, kecekapan dan sumber-sumber yang berkebolehan dari kakitangan hingga peralatan, AeroDarat berazam untuk mengendalikan operasi yang selamat, dan boleh dipercayai untuk pelanggannya. Syarikat : AeroDarat Services Sdn Bhd Tarikh penubuhan : 22 Mei 2015
Malaysia Airlines Academy menyediakan latihan pendidikan, hospitaliti dan perkhidmatan yang berkualiti kepada Malaysia Airlines Group dan syarikat penerbangan dan organisasi antarabangsa yang lain. Syarikat tersebut sentiasa mengembangkan program teknikal dan kru kabin, serta latihan asas untuk mekanik dan jurutera penerbangan. Misi MABA adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan penerbangan dan hospitaliti ASEAN kepada kedua-dua industri syarikat penerbangan dan hospitaliti dengan memperkenalkan produk-produk baharu serta kerjasama dengan pihak ketiga. Syarikat : Akademi MAB Sdn Bhd Tarikh penubuhan : 17 September 2015
Bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk menyediakan perkhidmatan berjadual dan sewa khas ke Jeddah dan Madinah untuk ibadah Haji dan Umrah. Amal by Malaysia Airlines juga menyediakan perkhidmatan global di pasaran-pasaran utama seperti di Indonesia, China, Pakistan dan sebahagian benua Afrika. Syarikat : Hijrah Biru Sdn Bhd Tarikh penubuhan : 20 Januari 2017
MAB Engineering adalah penyedia kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Malaysia Airlines Berhad yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan bertanggungjawab ke atas aktiviti penyelenggaraan pesawat Malaysia Aviation Group. Selain itu, syarikat ini menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan ringan untuk syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa di Malaysia. Syarikat : Perkhidmatan Kejuruteraan MAB Sdn Bhd Tarikh penubuhan : 22 Mei 2015
Syarikat ini menawarkan penyewaan pesawat khusus yang ditubuhkan untuk menyediakan penyelesaian penyewaan dan pengurusan aset penerbangan yang disesuaikan dan kompetitif kepada syarikat penerbangan di bawah Malaysia Aviation Group. Pesawat-pesawat adalah terdiri daripada semua pesawat yang dimiliki dan dikendalikan oleh MAG dan ia ini merangkumi pelbagai pesawat kecil dan besar.
Lebih banyak untuk diterokai
Terokai sekarang
Terokai sekarang
Terokai sekarang
Malaysia Aviation Group