Pucuk Pimpinan

Pucuk Pimpinan

Pucuk Pimpinan

Pengurusan Kanan

Muhammad Najmi Mansor - Ketua Pegawai Operasi Muhammad Najmi Mansor dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Amal by Malaysia Airlines, anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG), pada bulan Mac 2021. Seorang Akauntan Amalan Bertauliah (CPA), Najmi telah diberi tanggungjawab dan memegang pelbagai jawatan pengurusan sejak menyertai Malaysia Airlines pada tahun 2004. Beliau memiliki pengalaman luas dalam projek-projek strategik termasuk rancangan pemulihan perniagaan, penubuhan syarikat baharu termasuk Hijrah Biru Sdn Bhd ("Amal by Malaysia Airlines"), analisis kewangan pembelian pesawat, rasionalisasi laluan dan pelaksanaan sistem. Najmi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Amal by Malaysia Airlines dan Ketua Kewangan Kumpulan, Rakan Perniagaan dan Perancangan Korporat Malaysia Aviation Group.

Roslan Ismail - Ketua Komersil Graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan daripada Royal Melbourne Institute Technology (RMIT) University, Australia, Roslan pernah bertugas dengan beberapa syarikat telekomunikasi sebelum menyertai Malaysia Airlines pada 1990. Berkhidmat dengan Malaysia Airlines selama 33 tahun memegang pelbagai jawatan termasuk Pengurus Jualan Serantau untuk Malaysia dan Brunei, Ketua Pemasaran MABKargo, Ketua Pengurusan Projek Perkhidmatan Lapangan Terbang dan Oneworld, Naib Presiden Kanan Serantau untuk Asia Utara dan Amerika Utara, Pengurus Negara Indonesia, Pengurus Kawasan Australia Barat dan Pengurus Kawasan Pakistan – Roslan telah dilantik sebagai Ketua Komersil, Amal, pada Julai 2023 untuk memacu jualan dan pelan pendapatan yang kukuh bagi semua projek berkaitan jualan.

Zuraidah Mat Dol - Ketua Digital dan Pemasaran Seorang perintis kepimpinan kanan Amal by Malaysia Airlines dengan pelantikan beliau sebagai Ketua Sumber Manusia syarikat tersebut pada bulan Mei 2017, Zuraidah juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Perkhidmatan Korporat Amal by Malaysia Airlines dan baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Digital dan Pemasaran. Lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Sarjana Muda Perniagaan dengan double major dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia/Tingkah Laku Organisasi dan Pemasaran dari Melbourne, Australia, Zuraidah telah memegang beberapa jawatan pengurusan dalam bahagian Sumber Manusia, Operasi dan Audit Dalaman sejak menyertai Malaysia Airlines pada tahun 1998. Zuraidah memainkan peranan penting dalam beberapa projek strategik termasuk Transformasi HR semasa peralihan MAS ke MAB, formasi syarikat baharu seperti Hijrah Biru Sdn Bhd ("Amal by Malaysia Airlines"), inisiatif penjimatan kos, dan perumusan dan pelaksanaan skim Had Masa Penerbangan Krew Kabin. Zuraidah juga dilantik sebagai Ketua Pasukan untuk GO Team MH370 yang berpusat di Beijing dan GO Team MH17 yang berpusat di Amsterdam.

Abu Bakar Sadiqin Hazim - Ketua Operasi Ketua Operasi Amal by Malaysia Airlines dengan pengalaman pengurusan di dalam industri penerbangan selama 25 tahun, Abu Bakar sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Operasi Darat Amal by Malaysia Airlines, Ketua Wilayah (Malaysia & Brunei) dan Pemegang Pos Nominasi Alternatif untuk Perkhidmatan Lapangan Terbang. Beliau juga pernah memegang jawatan di luar negara sebagai Pengurus Kawasan (Austria & Eropah Tengah) di Vienna. Seorang lulusan ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam jurusan Perakaunan dari University of Northumbria di Newcastle, United Kingdom, kepakaran utama Abu Bakar adalah dalam bidang jualan, perkhidmatan pelanggan dan pengurusan operasi. Abu Bakar dilantik sebagai Ketua untuk GO Team MH370 yang berpusat di Beijing dan Ketua Penyelaras untuk Pusat Komunikasi & Sokongan Keluarga MH17 yang berpusat di Amsterdam.

More in this section

Explore now

Explore now

Explore now