Pucuk Pimpinan

Pucuk Pimpinan

Pucuk Pimpinan

Lembaga Pengarah

Datuk Kapten Izham Ismail Datuk Kapten Izham Ismail ialah seorang Pengarah Eksekutif Malaysia Airlines Berhad. Beliau kini juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad. Beliau mempunyai pengalaman penerbangan selama 40 tahun setelah memulakan kerjaya sebagai seorang juruterbang dengan Malaysia Airlines pada tahun 1979. Dilantik ke jawatan pengurus setelah hanya 10 tahun bersama Malaysia Airlines, Datuk Kapten Izham telah memegang beberapa jawatan pengurusan seperti Naib Presiden Eksekutif Operasi Penerbangan, Pengarah Operasi, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airlines dan Ketua Pegawai Eksekutif MASwings. Selain dari pengalaman yang luas dalam industri penerbangan, Datuk Kapten Izham telah berkhidmat sebagai ahli lembaga Hamilton Sundstrand Malaysia dan GE Engine Services Malaysia dan beliau kini juga merupakan Pengerusi Majlis Penerbangan Nasional dan ahli Lembaga Pengarah Pelancongan Malaysia. Datuk Kapten Izham memecahkan rekod dunia sebagai juruterbang ketika beliau mengendalikan pesawat Boeing 777-200 pertama Malaysia Airlines ke arah timur dari Seattle ke Kuala Lumpur dan balik semula. Penerbangan yang meliputi jarak sepanjang 23,310 batu dalam masa 41 jam 59 minit itu mencatat rekod dunia baharu untuk penerbangan paling jauh dan perjalanan mengelilingi dunia yang terpantas oleh sebuah pesawat komersial.

Muhammad Najmi Mansor Muhammad Najmi Mansor dilantik sebagai Ketua Pegawai Pengoperasian Amal by Malaysia Airlines, anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG), pada bulan Mac 2021. Seorang Akauntan Amalan Bertauliah (CPA), Najmi telah diberi tanggungjawab dan memegang pelbagai jawatan pengurusan sejak menyertai Malaysia Airlines pada tahun 2004. Beliau memiliki pengalaman luas dalam projek-projek strategik termasuk rancangan pemulihan perniagaan, penubuhan syarikat baharu termasuk Hijrah Biru Sdn Bhd ("Amal by Malaysia Airlines"), analisis kewangan pembelian pesawat, rasionalisasi laluan dan pelaksanaan sistem. Najmi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Amal by Malaysia Airlines dan Ketua Kewangan Kumpulan, Rakan Perniagaan dan Perancangan Korporat Malaysia Aviation Group.

Suraya Mahmud Suraya dilantik sebagai Pengarah Hijrah Biru Sdn Bhd pada bulan September 2021. Beliau memulakan kerjaya bersama Malaysia Airlines pada tahun 1999 dan kini merupakan Ketua Kewangan Kumpulan Rakan Niaga dan Perancangan Korporat Malaysia Aviation Group. S eorang Akauntan Berkanun, Institut Akauntan Malaysia, Suraya telah memegang berbagai jawatan pengurusan seperti Pengarah MASWings dan Ketua Pegawai Kewangan Firefly. Beliau memiliki pengalaman luas dalam pelaksanaan sistem dan projek, penambahbaikan proses dan automasi.

Pengurusan Kanan

Muhammad Najmi Mansor - Ketua Pegawai Operasi Muhammad Najmi Mansor dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Amal by Malaysia Airlines, anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG), pada bulan Mac 2021. Seorang Akauntan Amalan Bertauliah (CPA), Najmi telah diberi tanggungjawab dan memegang pelbagai jawatan pengurusan sejak menyertai Malaysia Airlines pada tahun 2004. Beliau memiliki pengalaman luas dalam projek-projek strategik termasuk rancangan pemulihan perniagaan, penubuhan syarikat baharu termasuk Hijrah Biru Sdn Bhd ("Amal by Malaysia Airlines"), analisis kewangan pembelian pesawat, rasionalisasi laluan dan pelaksanaan sistem. Najmi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Amal by Malaysia Airlines dan Ketua Kewangan Kumpulan, Rakan Perniagaan dan Perancangan Korporat Malaysia Aviation Group.

Zuraidah Mat Dol - Ketua Pembangunan Digital dan Jualan Seorang perintis kepimpinan kanan Amal by Malaysia Airlines dengan pelantikan beliau sebagai Ketua Sumber Manusia syarikat tersebut pada bulan Mei 2017, Zuraidah juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Perkhidmatan Korporat Amal by Malaysia Airlines dan baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pembangunan Digital dan Jualan. Lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Sarjana Muda Perniagaan dengan double major dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia/Tingkah Laku Organisasi dan Pemasaran dari Melbourne, Australia, Zuraidah telah memegang beberapa jawatan pengurusan dalam bahagian Sumber Manusia, Operasi dan Audit Dalaman sejak menyertai Malaysia Airlines pada tahun 1998. Zuraidah memainkan peranan penting dalam beberapa projek strategik termasuk Transformasi HR semasa peralihan MAS ke MAB, formasi syarikat baharu seperti Hijrah Biru Sdn Bhd ("Amal by Malaysia Airlines"), inisiatif penjimatan kos, dan perumusan dan pelaksanaan skim Had Masa Penerbangan Krew Kabin. Zuraidah juga dilantik sebagai Ketua Pasukan untuk GO Team MH370 yang berpusat di Beijing dan GO Team MH17 yang berpusat di Amsterdam.

Abu Bakar Sadiqin Hazim - Ketua Operasi Ketua Operasi Amal by Malaysia Airlines dengan pengalaman pengurusan di dalam industri penerbangan selama 25 tahun, Abu Bakar sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Operasi Darat Amal by Malaysia Airlines, Ketua Wilayah (Malaysia & Brunei) dan Pemegang Pos Nominasi Alternatif untuk Perkhidmatan Lapangan Terbang. Beliau juga pernah memegang jawatan di luar negara sebagai Pengurus Kawasan (Austria & Eropah Tengah) di Vienna. Seorang lulusan ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam jurusan Perakaunan dari University of Northumbria di Newcastle, United Kingdom, kepakaran utama Abu Bakar adalah dalam bidang jualan, perkhidmatan pelanggan dan pengurusan operasi. Abu Bakar dilantik sebagai Ketua untuk GO Team MH370 yang berpusat di Beijing dan Ketua Penyelaras untuk Pusat Komunikasi & Sokongan Keluarga MH17 yang berpusat di Amsterdam.

Lebih banyak untuk diterokai

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Terokai sekarang