Tadbir Urus Korporat
Tadbir Urus Korporat
Corporate Governance
Corporate Governance
Tadbir Urus Korporat
Komitmen terhadap Integriti dan Tadbir Urus yang baik Malaysia Aviation Group (MAG) mempunyai dasar toleransi sifar terhadap penipuan, sogokan dan rasuah di samping komitmen untuk menjalankan perniagaan dengan beretika dan integriti tertinggi.
MAG menyedari bahawa rasuah merupakan ancaman yang serius terhadap pertumbuhan dan kelestarian jangka panjang sesebuah organisasi. Rasuah dan kesalahan yang berkaitan dengannya melemahkan operasi perniagaan yang sah, mengganggu persaingan, merosakkan reputasi dan meningkatkan pendedahan kepada risiko. Semasa menjalankan tugas, kakitangan kami bertanggungjawab untuk memahami dan mematuhi undang-undang, peraturan, dan tatakelakuan perniagaan kami yang berkenaan. Integriti adalah nilai teras yang tersemat dalam budaya kerja MAG untuk memastikan ketelusan, tadbir urus yang baik dan pematuhan kepada undang-undang. MAG melarang semua bentuk rasuah, termasuk tetapi tidak terhad kepada sogokan dan/atau memperdagangkan pengaruh. Kami melarang sama sekali sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan perniagaan kami daripada menawar, memberi, meminta, menerima atau memperoleh apa-apa jenis rasuah termasuk pembayaran fasilitasi. Kami berdedikasi untuk melaksanakan proses tadbir urus yang selamat dan telus untuk keseluruhan operasi perniagaan kami demi membasmi dan mencegah rasuah dalam urusan kami bersama pelanggan dan pihak berkepentingan. Lembaga pengarah dan pengurusan kanan kami telah menekankan kepada semua bahawa memerangi rasuah di dalam keseluruhan organisasi adalah merupakan satu keutamaan.
Manual Anti-Rasuah dan Sogokan MAG menyatakan bahawa MAG akan terus mencegah rasuah melalui Pelan Pencegahan Rasuah MAG (MACP). Manual Anti-Rasuah dan Sogokan dan MACP berkuat kuasa ke atas semua syarikat sekutu dan rakan niaga MAG. Komponen asas MACP merangkumi: Komitmen dari pengurusan peringkat atasan Melakukan penilaian risiko Membangunkan prosedur yang mencukupi Menjalankan usaha wajar integriti pihak ketiga Menyediakan komunikasi dan latihan Memantau dan mengkaji risiko dan proses kami untuk mengenal pasti bahagian yang boleh ditambahbaik Jawatankuasa Lembaga Tadbir Urus & Etika menilai dan mengkaji Manual Anti-Rasuah & Sogokan dan keberkesanan MACP setiap suku tahun untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkenaan di setiap negara di mana MAG beroperasi.
MAG mengakui bahawa asas hubungan perniagaan yang mampan adalah kepercayaan dan ketelusan. Selain itu, kami berharap rakan niaga kami mematuhi piawaian dan nilai yang kami tetapkan semasa menjalankan perniagaan. Semua pembekal dan pihak yang mempunyai hubungan kontrak dengan MAG untuk tujuan penyediaan produk dan perkhidmatan mesti mematuhi tatakelakuan pembekal kami dan mematuhi Pelan Pencegahan Rasuah MAG sepenuhnya.
Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan MAG percaya bahawa setiap individu di dalam organisasi kami dan sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan kami memainkan peranan yang sama dalam menyokong dan menyumbang kepada visi dan misi korporat syarikat kami. Sebagai ahli keluarga MAG, kami mengambil berat tentang kesan negatif akibat pelanggaran prinsip dan falsafah perniagaan kami yang boleh menghalang MAG dari mencapai keseluruhan visi, misi dan objektifnya serta mendatangkan mudarat kepada jenama dan reputasi kami. Dasar Perlindungan Pemberi Maklumat MAG berkuat kuasa ke atas semua individu pada semua peringkat dan gred, termasuk Pengarah, Pengurusan Kanan, Pengurus, Eksekutif dan Bukan Eksekutif (sama ada kekal, tetap atau sementara) yang merangkumi pelatih, kakitangan yang dipinjamkan, pekerja dari rumah, pekerja sambilan, sukarelawan dan pekerja intern yang diambil bekerja oleh MAG dan juga ejen, kakitangan agensi, perunding, penjual, kontraktor bebas dan pembekal barang dan perkhidmatan. Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan telah memberi jaminan bahawa tiada individu yang akan menghadapi penganiayaan atau pembalasan dari MAG atau mana-mana pihak Pengurusannya ketika mereka mengemukakan kebimbangan ini melalui talian ini dengan niat baik. Kebimbangan dan identiti anda akan dirahsiakan. Kami akan memastikan bahawa nama dan pangkat anda tidak didedahkan tanpa kebenaran anda melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang. Untuk membuat sebarang laporan atau mengemukakan kebimbangan, anda boleh menggunakan salah satu saluran berikut: Nombor bebas tol 24 jam di mana-mana negara: 1-800-81-7270 Platform atas talian di Malaysia sahaja: www.malaysiaairlines.ethicspoint.com ; pilih "File a New Report"
Lebih banyak untuk diterokai
Terokai sekarang
Terokai sekarang
Terokai sekarang
Corporate governance