Kerjaya

Kerjaya

Sertai Kami dalam Perjalanan ini

Sertai Kami Sertai keluarga profesional syarikat penerbangan kami

Amal by Malaysia Airlines ialah perkhidmatan penerbangan khas untuk Haji dan Umrah yang pertama di dunia.​ Sebagai salah sebuah anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG), Amal menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa penuh, penerbangan sewa blok dan penerbangan berjadual ke Jeddah dan Madinah dari Kuala Lumpur, dengan kolaborasi bersama Malaysia Airlines.‌

Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan nasional Malaysia, menawarkan cara terbaik untuk terbang ke, dari dan sekitar Malaysia melalui tawaran premium dan perkhidmatan penuhnya. Malaysia Airlines menerbangkan sehingga 40,000 tetamu setiap hari untuk perjalanan yang tidak dapat dilupakan yang diilhamkan oleh pelbagai kekayaan Malaysia. Sebagai pembawa bendera negara, ia merangkumi kepelbagaian luar biasa Malaysia; mempamerkan tradisi, budaya dan masakannya yang kaya melalui Malaysian Hospitality yang tiada tandingannya di semua titik sentuh pelanggan.​​ ‌ Sejak September 2015, syarikat penerbangan tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh Malaysia Airlines Berhad. Ia adalah sebahagian daripada Malaysia Aviation Group (MAG), sebuah organisasi penerbangan global yang terdiri daripada portfolio perniagaan penerbangan yang berbeza dan penyelesaian perjalanan gaya hidup yang bertujuan untuk memenuhi keperluan perjalanan udara global. Malaysia Airlines komited untuk memudahkan perjalanan yang selamat dan lancar dengan meletakkan keselamatan dan kebersihan sebagai peneraju di semua titik sentuh pengguna hujung ke hujung sejajar dengan inisiatif MHFlySafenya. Melalui pakatan kami bersama oneworld®, Malaysia Airlines menawarkan sambungan unggul dengan perjalanan yang lancar ke 900 destinasi di 170 wilayah seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.malaysiaairlines.com dan muat turun aplikasi Malaysia Airlines untuk mendapatkan promosi terkini dengan mudah di hujung jari anda.​

Kami merupakan sebuah syarikat penerbangan baharu yang inovatif di dalam industri yang sangat kompetitif. Kami juga merupakan sebuah komuniti yang komited untuk membantu pelanggan kami memenuhi bukan sahaja keperluan penerbangan tetapi juga impian perjalanan mereka. Kami berpegang kepada prinsip ketekunan kerja dan kepercayaan antara satu sama lain. Memberikan yang terbaik bermaksud berkembang maju dalam persekitaran keusahawanan yang serba pantas di mana setiap individu berpeluang untuk mempamerkan kepimpinan, melakukan inovasi dan menawarkan perbezaan. Memberikan yang terbaik turut bermakna kami membantu anda untuk melangkaui potensi anda di samping memperolehi ganjaran di sepanjang perjalanan. Kami menawarkan manfaat dan pampasan yang kompetitif dengan kadar industri dan pengalaman anda. Kami menawarkan program insentif berasaskan prestasi yang dilengkapkan dengan peluang pendidikan yang meliputi kursus ulangan teknologi dan pembangunan kepimpinan. Kami menawarkan anda peluang untuk membantu kami membangunkan ikon kebangsaan baharu yang menjadi kebanggaan negara dan pilihan pertama pelancong seluruh dunia. Dengan hampir 12,000 pekerja di 53 bandar, kami komited untuk memberikan pengalaman perjalanan yang selamat, menepati masa dan mesra kepada pelancong. Malaysia Airlines menawarkan pelbagai peluang kepada anda untuk menjadi yang terbaik.

Lihat kekosongan jawatan terkini

Lebih banyak untuk diterokai

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Terokai sekarang