Langkau ke kandungan utama

Mengenai Kami


Amal by Malaysia Airlines

Amal by Malaysia Airlines adalah perkhidmatan penerbangan khusus untuk Haji dan Umrah oleh​ Malaysia Airlines. Dilancarkan secara rasmi pada 2019, Amal adalah anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG) yang menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa penuh, penerbangan sewa blok dan penerbangan berjadual ke Jeddah dan Madinah dari hab utama di Kuala Lumpur.

Sebagai syarikat penerbangan yang menawarkan pesawat khusus untuk Haji dan Umrah, Amal mendukung komitmen yang tinggi dalam menyediakan perkhidmatan Malaysian Hospitality yang terbaik untuk kesemua tetamu kami ketika menempuh perjalanan kerohanian mereka. Kami menawarkan perkhidmatan khusus mengikut keperluan Haji dan Umrah serta ciri-ciri unik dalam pesawat untuk memperkayakan pengalaman penumpang seperti audio Talbiyah dan Nasyid semasa memasuki pesawat; Doa Musaffir, Azan, Tazkirah dan pengumuman Miqat; dan isi kandungan berbentuk keagamaan di dalam sistem hiburan dalam pesawat kami.

Pada dasarnya, kami bermatlamat untuk mewujudkan sistem pengangkutan udara dan infrastruktur Haji dan Umrah yang menawarkan peningkatan dari segi kualiti perkhidmatan serta pengalaman dalam pesawat yang diperkaya untuk umat Islam bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga seluruh dunia.

Lebih banyak untuk diterokai