Bayi dan Kanak-kanak

Bayi dan Kanak-kanak

Tanya Amal Bayi dan Kanak-kanak

Soalan Lazim Bayi dan Kanak-Kanak

Jawapan: Penumpang yang melakukan perjalanan bersama bayi berhak untuk mendapat satu Tempat Duduk Standard percuma sahaja. Semua jenis tempat duduk yang lain (Seperti tempat duduk ruang kaki tambahan, dll.) tetap dikenakan bayaran. Bergantung pada pesawat, sebilangan buaian disediakan di dalam pesawat secara percuma. Atas sebab keselamatan dan ruang simpanan, penumpang tidak dibenarkan membawa buaian mereka sendiri ke dalam kabin. Permintaan untuk Perkhidmatan Buaian ini mesti dikemukakan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu berlepas melalui: Pusat Perhubungan Pelanggan Global kami: 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) +603 7843 3000 (di luar Malaysia) Ejen pelancongan dilantik.

Jawapan: Ya, tetapi kerana ruang yang terhad di dalam kabin pesawat, penerimaan kereta sorong atau kerusi bayi sebagai barang kabin akan dibuat berdasarkan turutan siapa dahulu. Setelah ruang dipenuhi, barang-barang ini akan dimasukkan ke dalam ruang kargo pesawat. Penumpang akan diminta untuk menandatangani Tag Pelepasan Terhad (LRT) yang akan memberi pelepasan kepada syarikat penerbangan sekiranya berlaku sebarang kerosakan ke atas barang tersebut.

Jawapan: Bayi baru lahir dibenarkan untuk melakukan perjalanan dengan penerbangan Malaysia Airlines tertakluk pada syarat di bawah:

​Catatan: Keselamatan penumpang adalah keutamaan kami dan untuk mengelakkan risiko yang tidak perlu, penumpang mesti mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Malaysia Airlines berhak untuk melarang penumpang dari menaiki pesawat sekiranya syarat yang dinyatakan tidak dipenuhi.

Jawapan: Anda mempunyai 2 pilihan untuk daftar masuk kereta sorong: Anda boleh mendaftar masuk kereta sorong di kaunter daftar masuk. Anda boleh menyerahkan kereta sorong bayi di pintu pesawat. Harap maklum bahawa disebabkan ruang yang terhad di dalam kabin pesawat, penerimaan kerusi bayi atau kereta sorong sebagai barang kabin akan dibuat berdasarkan turutan siapa yang terdahulu. Setelah ruang dipenuhi, barang-barang ini akan dimasukkan ke dalam ruang kargo pesawat. Anda perlu menandatangani 'Limited Release Tag' (LRT) untuk kedua-dua pilihan.

Jawapan: Seorang kanak-kanak dibenarkan melakukan perjalanan secara bersendirian jika beliau boleh memahami arahan keselamatan anak kapal dan melakukan pergerakan berikut: Mengangkat dirinya masuk dan keluar dari tempat duduknya. Sampai ke pintu kecemasan tanpa bantuan. Membuka tali pinggang keledarnya. Memasang topeng oksigen. Mengambil dan memakai jaket keselamatan. Pergi ke tandas dengan sendiri. Menguruskan ubatnya sendiri.

Jawapan: Ya, perkhidmatan Penumpang Bawah Umur Yang Tidak Ditemani (UMNR) tersedia untuk kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun. Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Global/pejabat tiket kami untuk mendapatkan bantuan.

Jawapan: Tidak, bantuan penumpang muda tanpa pengiring (YPTA) hanya tersedia dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Anda boleh membuat permohonan untuk perkhidmatan Penumpang Bawah Umur Yang Tidak Ditemani (UMNR) atau YPTA 48 jam sebelum waktu berlepas. Tiada bayaran UMNR dikenakan untuk penerbangan yang berlepas dari KUL . Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Global kami di 1 300 88 3000 (di Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia) untuk maklumat lanjut.

Lebih Banyak Soalan Lazim

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Infants and Children